Panduan Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024/2025

Panduan lengkap permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA untuk tahun 2024/2025. Ketahui syarat kelayakan, cara memohon, dan tarikh penting dalam panduan komprehensif ini.

Program Penajaan Pengajian Tertiari

Panduan Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024/2025

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan sukacitanya mengalu-alukan permohonan daripada pelajar lepasan asasi, STPM, Matrikulasi, Diploma, A-Level, International Baccalaureate (IB) dan STAM yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara untuk menyertai Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).

Di sini kami kongsikan lebih lanjut mengenai TESP MARA 2024/2025 serta cara untuk memohon.

Apa itu TESP MARA 2024?

TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) merupakan program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang disediakan oleh MARA kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf yang telah mendapat tawaran pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di IPT terpilih di dalam negara. Pelajar yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga layak untuk memohon.

 

Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud jumlah keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan untuk pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar selepas tamat pengajian, mengikut dasar yang telah ditetapkan.

 

Bentuk Pembiayaan Yang Ditawarkan

Program TESP merangkumi beberapa jenis pembiayaan termasuk:

Yuran Pengajian: Menanggung kos yuran pengajian di IPT terpilih.
Elaun Sara Hidup (ESH): Elaun bulanan untuk menampung kos sara hidup semasa pengajian.
Elaun Pengangkutan: Elaun pengangkutan untuk pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak, begitu juga sebaliknya.

 

Syarat Kelayakan

Syarat Umum
Untuk melayakkan diri memohon Program TESP MARA, pelajar perlu memenuhi syarat berikut:

  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa mestilah berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Umur pemohon tidak melebihi 40 tahun semasa membuat permohonan.
  • Memenuhi kriteria Status Sosio-Ekonomi (SES) yang telah ditetapkan.
  • Ibu, bapa, penjaga dan pemohon tidak tersenarai hitam atau sedang terlibat dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.

 

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk Program TESP MARA 2024 dibuka mulai 26 November sehingga 5 Disember 2024.

 

Cara Permohonan TESP MARA 2024

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA mengikut tarikh yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna baharu di Portal MARA.
Baca dan fahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum mengisi permohonan.
Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.

 

Semakan Status TESP MARA 2024

Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan maklumat di portal MARA (http://www.mara.gov.my) dan memeriksa emel masing-masing dari masa ke semasa.

Sekiranya dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan, pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lanjut, sila rujuk pautan rasmi MARA di:

Portal MARA: http://www.mara.gov.my
Permohonan TESP MARA: https://educationloan.mara.gov.my
Soalan Lazim: https://online.anyflip.com/shdgj/lfug/mobile/index.html

 

Baca info lain:

Leave a Comment