Berminat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM tahun 2024/2025? Permohonan kini dibuka untuk calon di seluruh Malaysia. Sertai mereka untuk pengalaman yang bermakna dan bantu memudahkan perjalanan pelajar SPM. Mohon sekarang!
Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM Tahun 2024/2025 Seluruh Malaysia – Sertai Sekarang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Lembaga Peperiksaan (LP), kini membuka tawaran kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024/2025. Inisiatif ini dianjurkan oleh YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebagai sebahagian daripada usaha untuk “meringankan” beban guru dan memberikan mereka lebih masa bersama keluarga.
Bagi anda yang berusia di antara 18-65 tahun dan berminat untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM pada tahun 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 23 Januari 2025, anda boleh mengemukakan permohonan. Sila rujuk maklumat penuh di bawah.
Pengenalan
Peperiksaan bertulis SPM tahun 2023 akan dilaksanakan mulai 2 Januari hingga 23 Januari 2025. LP, melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), menawarkan peluang kepada orang awam untuk menjadi Pengawas Peperiksaan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Prinsip Tawaran:
Sukarelawan: Tawaran ini adalah berasaskan prinsip sukarelawan.
Elaun: Elaun akan dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.
Tugas Pengawas Peperiksaan SPM 2024
Pengawas Peperiksaan akan melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, antaranya termasuk:
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawal selia perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Mengedar kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan lain mengikut keperluan.
- Mengumpulkan kertas peperiksaan, skrip jawapan, kertas jawapan objektif dan bahan peperiksaan lain.
- Mengiring calon peperiksaan ke tandas dan memastikan mereka kembali ke dewan atau bilik peperiksaan.
- Mengawasi calon peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
- Tinggal dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala).
- Mempunyai pengangkutan sendiri.
Cara Memohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024
Permohonan dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu. Anda boleh memohon melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://elp.moe.gov.my/auth/login. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Langkah-Langkah Permohonan:
- Klik pada pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
- Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama.
- Lengkapkan maklumat diri.
Semakan Keputusan & Prosedur Penerimaan Permohonan:
Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Tarikh & Jadual SPM 2024
Tarikh dan jadual SPM 2024 telah diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di sini untuk lampiran penuh: Tarikh & Jadual SPM 2023-2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: https://elp.moe.gov.my
- Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi.
Dengan menjadi sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM, anda bukan sahaja membantu sistem pendidikan negara, tetapi juga memberikan peluang kepada guru untuk lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta memberikan lebih masa kepada keluarga mereka. Mohonlah sekarang dan jadilah sebahagian daripada usaha murni ini.