BANTUAN KEWANGAN RM 150 :Pembayaran Bermula Mac

Bantuan kewangan tunai one-off RM150 untuk bantuan persekolahan akan mula dikreditkan pada bulan Mac ini. Semak Kelayakan sekarang!

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua murid di bawah Belanjawan 2024 bagi meringankan beban yuran persekolahan anak-anak kepada ibu bapa/penjaga yang menyediakan kelengkapan anak-anak untuk sesi persekolahan akan datang.

Bayaran sekali sebanyak RM150 bagi setiap pelajar akan dibuat mulai Januari 2024. Bagi pelajar tahun satu dan tahun satu, pembayaran akan dibuat pada Mac 2024.

Bantuan BAP akan diberikan melalui sekolah dan diagihkan secara tunai atau kredit ke akaun pelajar masing-masing

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN

  • Murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
  • Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
  • Pendapatan isi rumah kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan isi rumah kasar merujuk kepada pendapatan termasuk gaji asas dan elaun tetap. Elaun lebih masa dan elaun tidak tetap tidak dianggap sebagai pendapatan isi rumah kasar.
  • BAP boleh diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

KADAR KELAYAKAN BANTUAN

Seperti sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan penerima bantuan khas sebanyak RM150 BAP yang disasarkan khusus kepada pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Jumlah bantuan sebanyak RM150 dimasukkan ke dalam akaun pelajar secara tunai atau kredit

 

TARIKH BAYARAN DISALURKAN

Bantuan khas Bantuan Prihatin (BAP) kini sedang disalurkan kepada pelajar melalui sekolah di seluruh negara. Bagi pelajar tahun 2 hingga tingkatan 5, pembayaran akan diberikan secara berperingkat mulai bulan Januari 2024.

Pelajar tahun 1 pula menerima insentif ini pada 10 Mac 2024. Ini bermakna bahawa pembayaran kepada semua pelajar telah diselesaikan pada bulan ini. Yang penting, insentif khas ini disalurkan kepada pelajar pada kadar RM150 tanpa potongan yuran apa pun.

RUJUKAN PENTING

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment