STR 2025: Sumbangan Tunai Rahmah & SARA 2025

Anda layak mendapat bantuan kewangan STR 2025! Baca artikel ini sepenuhnya untuk panduan cara memohon dan menyemak status permohonan anda. Rebut peluang ini untuk memperbaiki kewangan anda dengan bantuan eWallet daripada kerajaan dalam program STR 2025 dan SARA 2025.

STR 2025: Sumbangan Tunai Rahmah & SARA 2025

STR 2025

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025. Inisiatif ini bertujuan utama untuk mengurangkan kos sara hidup serta meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40).

Objektif dan Tujuan STR 2025

Tujuan utama STR adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa. Ia adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Untuk tahun 2025, kerajaan telah meningkatkan jumlah peruntukan kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, setara dengan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Tiga Matlamat Ekonomi MADANI

Belanjawan 2025 menumpukan kepada tiga teras utama kerangka Ekonomi MADANI iaitu:

  1. Menaikkan Siling: Menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia.
  2. Menaikkan Lantai: Meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik, dan perlindungan sosial untuk semua.
  3. Tatakelola Baik dan Reformasi Sektor Awam: Mengutamakan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam kerajaan untuk mencapai matlamat yang digariskan bagi Malaysia.

Kadar Bayaran STR dan SARA 2025

Berita baik untuk penerima STR! Kerajaan akan memberikan peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA pada tahun 2025. Ini termasuklah:

  • Isi Rumah: Kadar maksimum bayaran STR meningkat kepada RM4600, berbanding RM3700.
  • Kategori Bujang: Kadar baharu meningkat kepada RM600.
  • SARA: Bantuan SARA akan dikreditkan ke MyKad penerima bermula April 2025.

Tarikh bayaran STR 2025 akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Status STR 2025

Semakan status STR 2025 boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan untuk semakan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR.
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon.
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan.
  4. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Nama pemohon,
    • No MyKad pemohon,
    • Status permohonan, dan
    • Maklumat pembayaran (jika layak).
  5. Klik menu Semakan Pembayaran.
  6. Masukkan kata laluan.
  7. Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik butang MAKLUMAT BAYARAN.

Cara Permohonan STR 2025

Permohonan STR 2025 boleh dilakukan melalui dua cara:

  1. Dalam Talian: Melalui portal STR 2025 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pengemukaan Borang: Hantar borang ke pejabat HASiL berdekatan. Rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL untuk maklumat lanjut.

Kaedah Pembayaran STR

Penerima STR boleh mendapatkan bayaran melalui dua cara:

  1. Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
  2. Pengkreditan ke Akaun Bank: Wang bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.

Maklumat Lanjut STR 2025

Untuk maklumat lanjut mengenai STR 2025, sila rujuk portal rasmi atau teruspantau selepas Pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, jam 4 petang.

Kami akan terus mengemaskini maklumat yang berkaitan di laman web ini sejurus pembentangan tersebut.

Dengan maklumat yang terperinci dan lengkap ini, kami harap anda dapat memahami lebih lanjut mengenai STR dan SARA 2025. Untuk rujukan rasmi dan terkini, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

 

Leave a Comment