Ketahui 5 negara yang tidak mempunyai lapangan terbang! Inilah fakta menarik yang mungkin anda tidak percaya. Cari jawapannya di sini.
Percaya Atau Tidak, Ini 5 Negara Yang Tidak Mempunyai Lapangan Terbang. Ketahui Mengapa!
Pesawat komersial adalah salah satu alat pengangkutan paling cepat dan selamat di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat lima negara terkenal yang tidak mempunyai lapangan terbang sehingga kini. Salah satu sebab utama ialah keadaan geografi dan bentuk muka bumi mereka yang tidak sesuai.
Berikut adalah lima negara yang tidak mempunyai lapangan terbang, seperti dipetik daripada portal Times of India dan lifestyle.bisnis.com.
Andorra
Berbanding negara lain, wilayah Andorra yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol memiliki kawasan daratan yang lebih luas tetapi dipenuhi pergunungan. Negara ini dikelilingi oleh pergunungan Pyrenees yang memiliki puncak mencapai hampir 3,000 meter dari aras laut. Mengoperasikan pesawat di altitud seperti itu sangat berisiko dan rumit. Oleh itu, kerajaan Andorra memutuskan untuk tidak membina lapangan terbang.
Sebagai alternatif, para pelancong boleh memilih penerbangan ke bandar-bandar terdekat seperti Barcelona, Lleida, atau Girona di Sepanyol yang terletak dalam radius 200 kilometer dari Andorra.
Vatican City
Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk kurang 800 orang. Saiz negara yang kecil ini menyediakan ruang yang sangat terbatas untuk pesawat mendarat dan tiada sungai atau akses laut yang sesuai. Lapangan terbang terdekat adalah Fiumicino dan Ciampino di Rome, Itali yang boleh dicapai dalam masa 30 minit dengan menaiki kereta api.
San Marino
Terletak berhampiran Vatican City, San Marino adalah salah satu negara tertua di dunia dan dikelilingi sepenuhnya oleh Itali. Saiznya yang kecil menghalangnya daripada memiliki lapangan terbang. Namun, rupa bumi yang agak rata dan infrastruktur jalan raya yang baik memudahkan akses ke negara ini. Lapangan terbang terdekat terletak di Rimini, Itali yang berfungsi sebagai hab pengangkutan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong.
Monaco
Monaco adalah negara kedua terkecil di dunia setelah Vatican City. Ketiadaan lapangan terbang di sini disebabkan oleh saiz negara yang terlalu kecil dan kekurangan kawasan khas bagi pesawat mendarat. Pelancong yang ingin ke Monaco boleh menggunakan teksi, bot, atau kereta api dari Lapangan Terbang Nice di Perancis.
Liechtenstein
Liechtenstein yang hanya berkeluasan kurang daripada 75km² terdiri daripada kawasan berbukit dan lereng yang landai. Jika Liechtenstein ingin membina lapangan terbang sendiri, mereka mungkin perlu menambak sebahagian tanah dan wilayah Austria, yang boleh menyebabkan konflik diplomatik. Oleh itu, kerajaan negara ini memilih untuk tidak membina lapangan terbang. Penduduk di negara tersebut boleh memandu atau menaiki bas ke Lapangan Terbang Zurich di Switzerland, yang terletak sejauh 120km.
Sumber: Kosmo