Malaysia berada kedudukan kelima sebagai destinasi syurga makanan paling popular di Asia menurut data Agoda.
Temui keunikan cita rasa Nasi Lemak, Char Kway Teow, Hinava, dan pelbagai hidangan tempatan lain di Malaysia yang mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuk.
Malaysia Berada Kedudukan Kelima Destinasi Syurga Makanan Di Asia Menurut Kajian Agoda
Makanan bukan hanya untuk kelangsungan hidup. Ia adalah sesuatu yang harus dicuba, dirasai, dan dinikmati. Tempat terbaik untuk menikmati makanan sudah tentulah di tempat asalnya. Baru-baru ini, platform pelancongan digital Agoda mengumumkan senarai destinasi syurga makanan paling popular di Asia, dengan Korea Selatan berada di tangga teratas.
Data Agoda Mengenai Syurga Makanan
Menariknya, 64% pelancong ke Korea Selatan menyatakan bahawa makanan adalah sebab utama mereka melawat negara tersebut. Korea Selatan terkenal dengan hidangan seperti kimchi, barbeku Korea, dan ayam goreng yang menggugah selera. Destinasi lain yang popular dalam kalangan pelancong termasuk Taiwan (62%), Thailand (55%), Jepun (52%), dan Malaysia di tempat kelima dengan 49%.
Tinjauan yang dijalankan oleh Agoda ini melibatkan lebih 4,000 pengguna yang telah melengkapkan tempahan percutian mereka di pelbagai destinasi. Menariknya, ada pelancong yang begitu teruja dengan makanan hingga menempah restoran di luar negara sebelum mendapatkan tiket penerbangan!
Keunikan Cita Rasa Malaysia
Keunikan pelbagai masakan Malaysia mencerminkan kekayaan budaya masyarakatnya yang berbilang kaum. Beberapa destinasi makanan yang terkenal di Malaysia adalah:
Kuala Lumpur: Menawarkan pelbagai jenis Nasi Lemak yang berbeza, dari Nasi Lemak Bungkus hinggalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.
Pulau Pinang: Terkenal dengan makanan jalanan yang ikonik seperti Char Kway Teow, Mee Hokkien, dan Cendol yang menyegarkan.
Kota Kinabalu: Cuba hidangan tempatan seperti Hinava (salad ikan mentah) dan Mee Tuaran yang penuh dengan rasa asli.
Kuching: Manok Pansoh, hidangan ayam tradisional Iban, dimasak dalam buluh bersama herba, wajib dicuba.
Pelancong dari Malaysia juga menekankan makanan sebagai faktor penting semasa bercuti, dengan Thailand, Indonesia, dan Taiwan menjadi destinasi pilihan mereka. Sebaliknya, Malaysia sering menjadi pilihan pencinta makanan dari Singapura.
Sumber: Murai