Iltizam Selangor Sihat 2024 : Panduan Lengkap Permohonan

Iltizam Selangor Sihat 2024: Ketahui cara permohonan, semak status, dan syarat penerimaan untuk insurans kesihatan Selangor yang lebih sihat. Klik sekarang untuk maklumat lengkap!

Iltizam Selangor Sihat 2024

iltizam selangor sihat

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyatnya. Sehubungan itu, pada tahun 2024, program Iltizam Selangor Sihat telah diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada Program Skim Insurans Peduli Sihat yang mula diperkenalkan pada tahun 2022. Program ini terutamanya mensasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri ini, memberi manfaat rawatan asas dan perlindungan kesihatan yang lebih komprehensif.

mohon Iltizam Selangor Sihat

Objektif Iltizam Selangor Sihat 2024

Melalui program ini, kerajaan negeri merancang untuk memberikan manfaat kepada 100,000 pemohon dan keluarga mereka, memastikan rakyat Selangor, khususnya yang berpendapatan rendah, mendapat akses kepada rawatan kesihatan asas. Antara lain manfaat yang ditawarkan termasuklah rawatan asas di klinik-klinik berdaftar serta vaksinasi terpilih yang boleh dituntut oleh ahli aktif atau waris mereka.

Syarat Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024

syarat Iltizam Selangor Sihat

Bagi memastikan program ini benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran, hanya individu yang memenuhi syarat berikut akan dipertimbangkan:

  • Kategori Keluarga: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 dan mempunyai tanggungan berusia 21 tahun ke bawah.
  • Kategori Individu: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,000, pemegang kad OKU, atau warga emas berusia 65 tahun ke atas.
  • Syarat Tambahan: Pemohon mestilah pengundi dan bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

Manfaat Kesihatan

Program ini menawarkan pelbagai manfaat kepada mereka yang layak:

Iltizam Selangor Sihat

Manfaat Asas

  • Rawatan Asas & Vaksinasi: Termasuk rawatan pergigian di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat dengan peruntukan RM 500 setahun bagi kategori keluarga dan RM 250 setahun bagi individu.

Manfaat Hospitalisasi

  • Peluang menuntut sehingga RM 10,000 untuk pemohon utama.

Manfaat Perlindungan Tambahan

  • Kematian Semulajadi dan Penyakit Kritikal: Tuntutan RM 5,000 untuk pemohon utama dan RM 2,000 untuk ahli keluarga berdaftar (tidak meliputi penyakit sedia ada; tertakluk kepada terma dan syarat).

Dokumen-Dokumen Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut bagi permohonan:

  • Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat
  • Salinan slip gaji atau pencen terkini
  • Salinan kad pengenalan dan tanggungan
  • Salinan kad OKU (jika ada)
  • Salinan semakan SPR Pemohon Utama

Cara Memohon Iltizam Selangor Sihat 2024

Untuk memohon program ini:

  1. Muat turun borang permohonan di sini.
  2. Hantar borang lengkap ke pejabat ADUN terdekat. Rujuk senarai pejabat di sini.

Semakan Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024

Untuk menyemak status permohonan:

  • Lawati laman sesawang rasmi Iltizam Selangor Sihat 2024.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Klik butang “Semak” untuk melihat keputusan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi pusat panggilan 24 jam di 1-800-22-6600.

 

Leave a Comment