Sistem e-Operasi berfungsi sebagai sebuah modul pengurusan data dan maklumat guru atas talian yang ditubuhkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia juga diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PBSM), dan juga Sektor Operasi Pendidikan (SOP) di bawah KPM.
Sistem atas talian ini bertujuan untuk memudahkan tugas perguruan dengan menyediakan platform yang lebih pantas dan efisien. Antara proses yang boleh dijalankan di dalam sistem in adalah mengemaskini maklumat peribadi, maklumat enrolmen, status permohonan, status kedudukan guru, dan lain-lain. Ia juga berfungsi sebagai pangkalan untuk informasi pengurusan guru yang terkini. Artikel ini akan menerangkan cara untuk login dan kemaskini e-Operasi.
Maklumat berikut berkaitan dengan cara login dan kemaskini e-Operasi dan ia berfungsi sebagai rujukan buat semua.
Pengguna
Pengguna e-Operasi terdiri daripada dua bahagian, iaitu guru dan bukan guru. Sistem ini juga terdapat pentadbir KPM yang menyelia dan mendaftarkan pengguna untuk mengakses modul ini.
Penolong Kanan, Pengetua, atau Ketua Jabatan ditugaskan untuk memastikan semua guru di sekolah masing-masing telah mendaftar dan membuat kemaskini maklumat di dalam portal ini. Manakala, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk menyelia dan mengesahkan maklumat yang telah dimasukkan adalah sahih dan terkini.
Cara Login dan Kemaskini e-Operasi
Cara Login di Portal Rasmi e-Operasi:
Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk login di portal rasmi. Sebelum anda mengikut arahan berikut, pastikan anda telah mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem ini. Jika anda adalah pengguna baharu, layari pautan https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm untuk mendaftar.
- Layari pautan https://eoperasi.moe.gov.my/
- Masukkan ID pengguna anda
- Masukkan kata laluan anda
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Tekan butang “Login”
- Jika terlupa ID pengguna dan/atau kata laluan, layari pautan https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
- Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “Reset Kata Laluan”
- Ikut arahan yang tertera untuk set semula kata laluan anda
- Tekan butang “Login” dan login berjaya
Cara Kemaskini di Portal Rasmi e-Operasi:
Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kemaskini maklumat di portal rasmi setelah login berjaya.
- Terdapat beberapa seksyen maklumat yang perlu dikemaskini seperti yang berikut:
- Maklumat Staf
- maklumat pasangan
- maklumat subjek ajar
- maklumat akademik
- maklumat ikhtisas
- maklumat sejarah perkhidmatan
- maklumat peribadi
- maklumat perkhidmatan
- maklumat pengisian jawatan guru dan bukan guru
- Maklumat Enrolmen
- enrolmen ikut kelas
- enrolmen ikut subjek
- enrolmen ikut elektif
- Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan
- Permohonan
- Semakan
- Kelulusan
- Analisis kelulusan / pelaksanaan
- Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)
- Kedudukan guru
- Pengisian opsyen
- kurang / lebih mengikut opsyen
- Instrumen
- Penilaian program orientasi guru baru
- Penilaian seminar
- Maklumat Subjek
- Analisis pemantauan
- Subjek Elektif
- MPV
- PAV
- Pastikan anda telah tetapkan masa yang cukup untuk mengemaskini dan menyemak maklumat-maklumat di atas.
- Anda juga perlu pastikan bahawa proses kemaskini yang dijalankan telah disimpan sebelum anda logout daripada portal.
Masalah Akses
Kadang-kadang terdapat isu dimana pengguna tidak dapat mengakses portal e-Operasi walaupun info login yang benar telah dimasukkan. Lazimnya ini disebabkan oleh terlalu banyak pengguna yang sedang aktif di atas portal ini pada masa yang sama.
Anda boleh menyemak berapa jumlah pengguna semasa di halaman utama portal ini, dan anda boleh cuba untuk login lagi sekali pada masa dimana tidak ada terlalu banyak pengguna.
Maklumat Lanjut
Portal rasmi e-Operasi juga berfungsi sebagai pangkalan maklumat buat semua pengguna sistem tersebut. Di halaman utama, terdapat papan pengumuman yang sewajarnya diberi tumpuan oleh pengguna untuk memastikan bahawa anda mendapat maklumat yang terkini. Tambahan lagi, manual pengguna juga dapat diakses untuk memudahkan pengalaman pengguna.
Untuk maklumat lanjut berkenaan cara, sila rujuk sumber informasi yang berkenaan:
Semoga maklumat tentang cara login dan kemaskini e-Operasi yang dikongsikan diatas dapat membantu untuk menguruskan maklumat perguruan anda dengan lebih cermat dan efisien.
Rujukan: e-Operasi