Panduan Lengkap Kelayakan Peralihan Lesen B Full 2024

Dapatkan panduan penuh mengenai semakan peralihan Lesen B Full 2024 sekarang. Jangan ketinggalan maklumat penting ini untuk persediaan anda!

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah memaklumkan berita baik kepada pemegang lesen memandu B1 atau B2 berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas B1 dan B2 kepada kelas B penuh bakal dilaksanakan pada bulan Oktober ini.

Bagaimanakah semakan kelayakan peralihan lesen B? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

Apa Itu Peralihan Lesen B Full

Peralihan Lesen B

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Program Peralihan Lesen B Full adalah merupakan sebuah program untuk menaik taraf Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) daripada lesen kelas B1 atau B2 kepada lesen memandu kelas B penuh (full) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Peralihan Lesen B Full

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, peralihan lesen B1 dan B2 kepada B full akan dilaksanakan bermula pada 1 Oktober 2024 (Selasa) bagi setiap Institut Memandu (IM) untuk seluruh negeri-negeri di Malaysia.

Berapakah Caj Peralihan Lesen B Full

Kadar caj yang dikenakan bagi menampung kos operasi perkhidmatan peralihan lesen untuk setiap Institut Memandu (IM) adalah sebanyak RM160 sahaja untuk setiap calon yang ingin membuat peralihan Kelas B1 dan B2 ke B penuh (full).

Apakah Kelayakan Lesen B Full

Antara kelayakan-kelayakan untuk pemegang Lesen B Full adalah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Individu telah memegang Lesen Memandu kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
  3. Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
  4. Pengesahan sihat tubuh badan, minda, dan fizikal secara deklarasi kendiri oleh individu.
  5. Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu melibatkan program amali pengunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam.
  6. Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer di Institut Memandu. Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut.

Bagaimanakah Semakan Kelayakan Peralihan Lesen

Untuk mengetahui kelayakan, semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Melalui Aplikasi MyJPJ; atau
  2. Portal mySIKAP awam; atau
  3. Di Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPJ. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Telefon: +60 3 8000 8000 (Umum)
  • Faks: +60 3 8881 0194

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: JPJ Malaysia.

 

Leave a Comment