Ini Dia Resepi Lasagna Melting Yang Confirm Buat Anak Anda Makan Sampai Licin Pinggan!

Anak susah makan? Jangan risau! Ini dia resepi lasagna melting yang pasti buat mereka makan sampai licin pinggan! Apa ramuan rahsia yang membuatnya begitu lazat dan menggoda?

Jom ketahui cara mudah untuk menyediakan hidangan yang bakal jadi kegemaran seisi keluarga!

Resepi Lasagna

Ini Dia Resepi Lasagna Melting Yang Confirm Buat Anak Anda Makan Sampai Licin Pinggan!

 

Pernah tak rasa lasagna yang dibuat sendiri tak setanding dengan yang di restoran? Saya pun pernah rasa macam tu! Hari tu cuba buat lasagna guna resepi biasa, tapi hasilnya tak memuaskan. Macam tak cukup rasa dan tak kenyal macam yang kita selalu makan di Itali tu.

Lepas jumpa resepi baru ni, rasa lasagna saya memang lain macam! Rasa keju dan daging dia betul-betul memukau! Tak sangka boleh sedap macam ni. Anda wajib cuba resepi ni, confirm puas hati!

 

Resepi Lasagna Special

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 1 jam

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk sos bolognese:
    • 3-4 sudu besar minyak zaitun
    • ½ biji bawang holland
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 400g daging atau ayam kisar
    • ½-1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • ½ batang lobak merah
    • 1 biji capsicum
    • 2 tin / 800g tomato pomodori atau whole tomato
    • 2 keping daun bay kering
    • ½-1 sudu besar Italian Herbs
    • 2-3 sudu besar pes tomato
    • ½ kiub stok lembu atau ayam
    • ¼ cawan susu full cream
    • gula dan garam secukup rasa
    • 8-12 cendawan butang
    • **NOTA: Kalau tak ada tomato pomodori atau whole peel, boleh ganti tomato puree anggaran 300g-400g. Boleh letak sikit-sikit dulu dan rasa tahap masam kuah.

 

  • Bahan-bahan untuk sos bechamel:
    • 3 sudu besar / 43g mentega tak bergaram
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • 2 ½ cawan susu full cream
    • 1 sudu besar serbuk cheese parmesan
    • 2 keping keju cheddar (**kalau tak guna cheddar, boleh tambah lagi 2 sudu besar serbuk parmesan)
    • ¼ sudu kecil serbuk lada hitam

 

  • Bahan-bahan untuk lapisan lasagna:
    • cheese mozarella secukupnya
    • serbuk cheese parmesan secukupnya
    • kepingan lasagna (**boleh guna yang tak perlu masak atau perlu masak dahulu)
    • kepingan aluminium (untuk bakar)

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk sos bolognese:
    1. Potong dadu bawang holland dan lobak merah.
    2. Cincang halus bawang putih dan lada benggala serta hiris kasar cendawan.
    3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland tetapi jangan terlalu garing.
    4. Masukkan bawang putih, daging kisar atau ayam kisar. Kerap kacau sehingga air daging kelihatan kering.
    5. Masukkan serbuk lada hitam, lobak merah dan lada benggala. Tutup dan masak dalam anggaran 5 minit.
    6. Sesudah itu, masukkan tomato dalam tin, daun bay kering, serbuk Italian herbs, pes tomato, stok lembu dan ayam dan susu full cream.
    7. Tambah garam dan gula secukup rasa serta masukkkan cendawan butang dan sedikit serbuk lada hitam.
    8. Masak sos dalam 5-10 minit sampai sos bolognese menjadi pekat.

 

  • Cara-cara untuk sos Bechamel:
    1. Panaskan kuali dan mentega tak bergaram.
    2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga masak sekata.
    3. Masukkan susu full cream, serbuk cheese parmesan, keju cheddar lalu masak dan kacau sehingga sos menjadi pekat.
    4. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.

 

  • Cara-cara untuk penyediaan lasagna:
    1. Letak dan ratakan sederhana sos bolognese sebagai lapisan pertama.
    2. Susun kepingan lasagna sehingga tutup kesemua permukaan lalu diikuti lapisan sos bolognese, sos bechamel, serbuk cheese parmesan, cheese mozzarella dan kepingan lasagna.
    3. Kemudian, ulang mengikut turutan yang sama sehingga penuh bekas dan lapisan terakhir adalah cheese mozzarella.
    4. Bakar dengan suhu 170˚, 30-40 minit.
    5. Pada 10 minit terakhir, bakar lasagna tanpa kepingan aluminium dan sambung bakar.
    6. Lasagna kemudian sudah siap dan boleh dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Masak kedua-dua sos bolognese dan bechamel dengan api yang sedarhana atau perlahan.
  • Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu letak garam tetapi kalau rasanya masih kurang masin, boleh saja tambah garam.
  • Balut bekas lasagna dengan kepingan aluminium supaya bahagian dalam lasagna masak dahulu dan bahagian atas terlebih masak.

 

Rujukan video penyediaan:

 

 

Resepi Lasagna

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:
  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya

 

  • Bahan untuk sos bolognaise:
    • 300 gram daging atau ayam kisar
    • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
    • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
    • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
    • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
    • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
    • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
    • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
    • garam dan gula secukup rasa

 

  • Bahan untuk sos putih:
    • 2 sudu besar mentega
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • 2 keping keju cheddar cheesedale
    • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
    • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
    • lada putih dan garam secukup rasa
    • Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk masak sos bolognaise:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
    2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

 

  • Cara untuk memasak sos putih:
    1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
    2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
    3. Angkat dan sejukkan.

 

  • Cara untuk membuat lasagna:
    1. Panaskan oven kepada suhu 180°C.
    2. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
    3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
    4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
    5. Bakar di dalam oven selama 25minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment