Penampilan Siti Saleha Di Anugerah Seoul Bikin Orang Korea Terpesona!

Penampilan memukau Siti Saleha di Anugerah Seoul berjaya memikat hati rakyat Korea. Saksikan bagaimana bintang Malaysia mencipta fenomena di pentas antarabangsa!

Penampilan Siti Saleha Di Anugerah Seoul

Penampilan Siti Saleha Di Anugerah Seoul Bikin Orang Korea Terpesona!

 

Pelakon terkenal Malaysia, Siti Saleha, baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas memenangi Trofi Outstanding Asian Star menerusi Seoul International Drama Awards.

Pengiktirafan tersebut diberikan atas lakonannya yang cemerlang dalam drama bersiri “SeOfis” yang ditayangkan di laman penstriman Tonton pada Januari lalu.

Siti Saleha menyuarakan rasa syukur atas pengiktirafan ini dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong karyanya. “Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 merupakan pencapaian yang amat membanggakan,” katanya.

Selain daripada kejayaannya, pelakon berusia 34 tahun ini turut menarik perhatian netizen tempatan kerana kecantikannya yang terserlah pada malam anugerah tersebut. Siti Saleha, atau nama penuhnya Siti Saleha binti Mohd Baharum, menggayakan gaun kuning cair yang kelihatan begitu elegan.

Kecantikannya pada malam itu turut menjadi trending di laman carian Korea Selatan, Naver. Banyak artikel memuji gaun dan kecantikan Siti Saleha di acara tersebut.

Sebagai makluman tambahan, Seoul International Drama Awards yang diperkenalkan sejak tahun 2015 bertujuan mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama dan kini telah menjadi platform global untuk meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.

Sumber: X, Buletin TV3

 

Sumber:

Baca Info Lain:

Leave a Comment