e-SIJIL MUET: Cara Muat Turun e-SIJIL MUET dan Soalan Lazim

e-SIJIL MUET: Dengan bermulanya Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, para calon kini boleh memuat turun dan mencetak sijil mereka sendiri melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Dalam erti kata lain, tiada lagi sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan kertas (hardcopy) yang akan dikeluarkan oleh MPM.

Artikel ini akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memuat turun dan mencetak e-SIJIL MUET calon.

Baca Juga:

MUET Secara Dalam Talian (e-SIJIL)

e-sijil muet

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di www.mpm.edu.my. Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) yang akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.

Penggunaan e-SIJIL ini juga turut terpakai bagi calon yang menduduki MUET melalui kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Cara Muat Turun & Cetak e-SIJIL MUET

Berikut adalah cara untuk memuat turun dan mencetak e-SIJIL MUET:

  1. Layari portal rasmi MPM di pautan berikut: https://sijil.mpm.edu.my.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan calon dan klik butang “Submit”.
  3. Maklumat berkaitan keputusan MUET calon akan terpapar di skrin.
  4. Calon boleh muat turun dalam format PDF atau cetak e-SIJIL MUET sebagai hardcopy.

Untuk rujukan lanjut, panduan dan arahan pendaftaran calon MUET bagi tahun 2024 boleh didapati di portal MPM melalui pautan ini.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Bagaimana jika saya menghadapi masalah memuat turun e-SIJIL?
    Sila hubungi pihak MPM melalui portal rasmi mereka untuk bantuan lanjut.
  2. Adakah e-SIJIL ini sah digunakan bagi tujuan rasmi?
    Ya, e-SIJIL yang dicetak adalah sah dan boleh digunakan untuk apa-apa tujuan rasmi.
  3. Adakah saya masih boleh mendapatkan sijil dalam bentuk salinan keras?
    Tidak, mulai tahun 2024 MPM tidak lagi mengeluarkan sijil dalam bentuk salinan keras.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai MUET 2024, anda boleh mengikuti Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau laman sosial mereka melalui pautan berikut:

Dengan adanya pelaksanaan e-SIJIL MUET ini, calon diharapkan dapat menjalani proses muat turun dan cetakan sijil dengan lebih mudah dan cepat. Ia juga adalah satu langkah ke arah digitalisasi dan efisiensi dalam pengurusan sijil peperiksaan.

 

Leave a Comment