Persembahan Magical Night 3D Sebagai Tarikan Utama di MAHA 2024

Nikmati keajaiban malam dengan Persembahan Magical Night 3D, tarikan utama di MAHA 2024. Saksikan pengalaman visual memukau yang pasti memukau deria anda!

Magical Night 3D

Persembahan Magical Night 3D Sebagai Tarikan Utama di MAHA 2024

 

KEDENGARAN suara Bella si gadis AI pada setiap malam penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), mengalu-alukan kehadiran pengunjung menonton persembahan Magical Night and 3D Water Show di jambatan tasik Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Beberapa minit kemudian, terpancar imej dan cahaya laser berwarna-warni pada pancuran air di tasik MAEPS dengan penceritaan dan perkongsian maklumat berkaitan MAHA 2024 yang disampaikan dengan kaedah informasi hiburan (infotainment) dan interaktif.

Persembahan Magical Night and 3D Water Show ini merupakan tarikan baharu pada MAHA 2024 bermula 11 hingga 22 September, sekali gus kelainan sempena penganjurannya yang ke-100 tahun.

Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Ir. Yuslina Hj. Mohd Sani berkata, persembahan tersebut diadakan sebanyak tiga kali pada setiap malam.

Masa Persembahan:

  • 8.15 malam
  • 8.45 malam
  • 9.15 malam

Durasi: Antara tujuh hingga 10 minit

Menurutnya, BPSP diberi tanggungjawab mengendalikan segmen tersebut yang merupakan cetusan idea Ketua Setiausaha (KSU) KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali.

 

Maklumat Persembahan:

Kandungan dipaparkan pada persembahan ini berubah-ubah mengikut hari dan masa serta tidak statik.

Informasi sesuai untuk semua peringkat usia, bukan hanya kepada kanak-kanak.

Berkaitan padi dan beras, imej haiwan (seperti burung helang, kuda berlari, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan).

Terdapat juga robotik, imej laser, alunan muzik dan sebagainya bagi menarik minat pengunjung (termasuk kanak-kanak memandangkan cuti sekolah ketika ini).

 

Pengalaman Pertunjukan:

Pertunjukan laser dan skrin air interaktif juga selari dengan tema MAHA 2024 ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’, selain diilhamkan dan berinspirasikan daripada ‘Imagine Dubai’.

Mengambil pendekatan KSU iaitu less resources huge impact (kurang sumber, impak besar).

Untuk memberi keselesaan, kerusi khas disediakan di tepi tasik berhadapan pancuran air berdekatan Pavilion Negeri bagi membolehkan orang ramai menikmati dan merasai pengalaman persembahan Magical Night and 3D Water Show dengan lebih dekat.

 

Pavilion Negeri:

Menonjolkan kekayaan sumber pertanian di setiap negeri.

Peluang kepada pengunjung untuk memahami kepelbagaian sektor pertanian Malaysia.

Negeri mempromosi inovasi teknologi terkini dalam sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan.

Merangsang ekonomi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dengan membuka peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka.

 

Tarikan Utama di Pavilion Negeri:

  • Produk pertanian tempatan.
  • Demonstrasi pertanian tradisional dan moden.
  • Jualan produk IKS.
  • Aktiviti interaktif dan demonstrasi kebudayaan, makanan tradisional dan aktiviti di Amphitheater MAEPS.
  • Promosi destinasi agro dan pelancongan negeri

 

MAHA 2024:

  • Acara dwitahunan berlangsung selama 12 hari (11 hingga 22 September).
  • Meraikan 100 tahun penganjurannya pertama kali dianjurkan pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923.
  • Penyertaan dari lebih 20 negara.
  • Sasaran jumlah kehadiran pengunjung: 3 juta orang.
  • Lebih 30 segmen menarik: Aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.

 

Sumber: Kosmo

 

Baca Info Lain:

 

Leave a Comment