RM1800 dalam MyKad Anda – Ketahui cara untuk mohon!

RM1800 menanti anda dalam MyKad! Cepat semak nama anda dan manfaatkan peluang istimewa ini sebelum terlambat.

Baca Juga : Hidup Bebas Hutang: 8 Tips Simpan Duit untuk Bujang B40!

RM1800 dalam MyKad Anda – Bantuan B40

rm1800

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Amaun Bantuan B40 Dalam MyKad Terbaru 2024

Bantuan diberikan bukanlah sebanyak RM1,800 sepenuhnya, tetapi mengikut kelayakan penerima seperti berikut:

Kelayakan PenerimaKadar Amaun Bantuan Dalam MyKad
Penerima BerkeluargaRM1,200 setahun
Penerima BujangRM600 setahun

Tempoh Pemberian Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024

Penerima akan menerima bantuan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.

Senarai Negeri Penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024

Hanya penerima yang beralamat di negeri-negeri berikut sahaja layak menerima bantuan dalam Mykad:

  • Selangor
  • Putrajaya
  • Kuala Lumpur
  • Pahang
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Perlis
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor

Kegunaan Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024

Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli:

  • Barangan keperluan asas dapur: Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa.
  • Barangan keperluan kebersihan dan kesihatan: Produk sabun, shampoo, ubat gigi dan ubat-ubatan.
  • Barang kelengkapan sekolah: Alat tulis, kasut, pakaian seragam, buku dan lain-lain.

Semak Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024

Ikuti cara semak penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 terbaru seperti berikut:

  1. Sila layari laman rasmi di sini: app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan betul tanpa (-). Contoh: 83XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:

Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat serta memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq.

Baca Juga : Keretapi Sarong Kembali pada Tahun 2024 dengan Tema ‘Bangga Malaysia’

Leave a Comment