Crab Rangoon: Resepi viral TikTok yang sedap, rangup & creamy!

Siapa yang sangka bahawa gabungan isi yang rangup dengan keju yang creamy dapat menjadi hidangan yang begitu viral di TikTok? Mari belajar Crab Rangoon dengan resipi yang pasti memukau lidah anda!

Resepi Crab Rangoon

Crab Rangoon: Resepi viral TikTok yang sedap, rangup & creamy!

 

Cuba bayangkan selera yang begitu mengancam, ketam yang lembut, dihancurkan bersama keju krim yang meleleh dan tenggelam di dalam kulit wonton yang rangup. Bunyi menggugat selera, bukan? Inilah resipi Crab Rangoon, hidangan yang pasti menggoda dan memuaskan nafsu makan anda. Sedia untuk menikmati hidangan yang istimewa ini? Jangan lepaskan peluang ini dan jelajahi resipi Crab Rangoon yang akan mencuri perhatian orang sekeliling anda!

Resepi Crab Rangoon

Bahan-bahan:
  • 250 gram cream cheese
  • Crabstick
  • 3 sudu besar mayonis (Brand Kewpie)
  • Sedikit sos Worcestershire
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • Serbuk garlic
  • Hirisan daun bawang
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Kulit wonton

 

Cara Penyediaan:
  • Masukkan cream cheese dalam mangkuk.

  • Masukkan crabstick ikut sukatan masing-masing.

  • Masukkan mayonis, sos Worcestershire, minyak bijan dan serbuk garlic.

  • Kemudian masukkan daun bawang, lada hitam dan garam secukup rasa.

  • Gaul semua bahan sehingga sebati.

  • Ambil kulit wonton dan letakkan inti.

  • Lipat wonton mengikut citarasa masing-masing.

  • Goreng dalam minyak sehingga warna keemasan.

  • Siap dan boleh cicah dengan sos cili thai.

 

Rujukan video penyediaan:
@khairulaming

Puasa ke-13 : Crab Rangoon. Sangat sedap yee kunyah benda ni lepas moreh 😭 Rasa crispy, creamy, and sedap cicah dengan sos thai tu 🥹 #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Sumber: Khairulaming

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment