Resepi Ayam Buttermilk Viral ala Gold Chili: Cuba sekali, gerenti repeat lagi!

Tidak perlu lagi ke restoran mahal untuk menikmati hidangan premium! Dengan resepi Ayam Buttermilk viral ini, anda boleh menyajikan hidangan setaraf restoran di rumah anda sendiri. Sekali cuba, pasti anda akan jatuh cinta!

Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk Viral ala Gold Chili: Cuba sekali, gerenti repeat lagi!

 

Beberapa hari lepas, saya cuba masak ayam buttermilk guna resepi biasa-biasa je. Rasa dia? Hmmm, boleh lah, tapi tak cukup ‘kick’. Kawan saya cadangkan guna resepi baru ni, katanya memang viral dan anak-anak dia suka sangat! Jadi, saya pun cuba la. Hasilnya? Memang terkejut! Ayam buttermilk ni bukan sahaja sedap, malah rasa dia macam kat restoran lima bintang. Anak-anak dan suami terus puji, siap tambah lagi! Anda mesti cuba resepi ni, takkan menyesal punya! Patutlah viral, rasa dia memang padu.

 

Resepi Pertama Ayam Buttermilk

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 2 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kuah butter:
    • 1/4 cawan mentega
    • 1/2 biji bawang holland
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 ulas bawang putih
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 1 cwn susu cair
    • 2 keping keju cheddar
    • 2/3 cwn tepung gandum
    • 2/3 cwn tepung jagung
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil serbuk seasoning

 

  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 2 ketul besar dada ayam
    • 1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 sudu besar tepung salutan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Potong dadu kecil bawang holland.
    2. Cincang halus bawang putih.
    3. Hiris nipis cili padi.

 

  • Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Kacau biar bergaul sekata dan ketepikan.
    2. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan telur. Kacau sebati kesemua bahan.
    3. Tambah tepung salutan dan sambung gaul sekejap. Boleh tambah air sikit kalau terlalu pekat.
    4. Kemudian perap ayam anggaran 1/2 jam.
    5. Selepas perap, salut ayam perap dengan tepung salutan tadi.
    6. Panaskan kuali kemudian goreng ayam sampai kuning keperangan dan rangup.
    7. Angkat ayam dan ketepikan.

 

  • Cara-cara untuk kuah:
    1. Cairkan mentega dan tumis bawang holland,
    2. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi.
    3. Tuang masuk susu cair (kalau nak ganti susu full cream pon boleh).
    4. Masukkan keju cheddar.
    5. Masak sampai kuah mendidih. Garam boleh adjust kalau nak lebih masin.
    6. Tuang masuk ayam goreng dan kacau sebati.
    7. Ayam masak butter sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Masak salut ayam, kena gaul lama sikit ayam dengan tepung salutan untuk dapat kedutan yang cantik.
  • Masa goren ayam jangan goreng banyak-banyak sangat, biar ada ruang sikit.
  • Kalau guna mentega bergaram, garam kena jaga-jaga, jangan letak banyak sangat.
  • Jangan lama simpan sebab kuah ni cepat jadi pekat dan menyerap.

 

Video rujukan penyediaan:

 

 

Resepi Kedua Ayam Buttermilk

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 3 sudu besar tepung gandun
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • 1/2 sudu besar serbuk kari
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1/2 sudu kecil lada hitam
    • 1 biji telur
    • Secubit garam
    • Sedikit air
    • 2 keping dada ayam, hiris kecil

 

  • Bahan-bahan untuk kuah butter:
    • 60g /4 sudu besar mentega
    • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji cili api merah dan hijau
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 tin /400ml susu cair atau susu full cream
    • 1 keping keju cheddar
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Potong isi ayam kepada ketulan kecil.
    2. Gaul isi ayam dengan tepung gandum, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, serbuk kari, telur, tepung jagung dan sedikit air (adunan perlu pekat).
    3. Gaul sampai isi ayam bersalut sebati.
    4. Perap selama setengah jam (pilihan).
    5. Panaskan minyak dan goreng ayam.
    6. Kerap balik-balikkan ayam.
    7. Angkat dan toskan minyak.
    8. Goreng daun kari (untuk hiasan) sampai garing. Angkat dan toskan minyak.

 

  • Cara-cara untuk kuah butter:
    1. Potong dadu bawang holland.
    2. Cincang halus bawang putih.
    3. Hiris halus cili padi.
    4. Dalam kuali yang sama, tinggalkan anggaran 1 sb minyak masak dan tambah mentega.
    5. Masukkan bawang holland dan daun kari. Kacau sampai bawang layu.
    6. Masukkan bawang putih dan cili padi. Kacau sampai bawang putih garing.
    7. Masukkan cili padi, susu cair, garam dan kepinggan keju (pilihan) dan masak sampai keju cair.
    8. Masukkan ayam dan kacau sampai ayam bersalut sebati.
    9. Reneh kuah sampai mendidih untuk pekatkan sikit kuah.
    10. Hidang bersama taburan daun kari dan hirisan cili padi.

 

Tip Masakan:
  • Masa tumis bawang masuk bawang putih lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit.
  • Seeloknya ayam goreng dimasukkan masa nak hidang atau dekat-dekat nak makan.

 

Rujukan video penyediaan:

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment