Ketahui Rahsia Setting Alat Kawalan Jauh Aircond Yang Boleh Jimatkan Bil Elektrik Anda!

Ketahui rahsia setting alat kawalan jauh aircond yang dapat menjimatkan bil elektrik anda dengan mudah! Panduan praktikal untuk penggunaan yang lebih efisien.

Setting Alat Kawalan Jauh Aircond

Ketahui Rahsia Setting Alat Kawalan Jauh Aircond Yang Boleh Jimatkan Bil Elektrik Anda!

 

Kebanyakan kediaman masa kini mempunyai penyaman udara. Dahulu, ia melambangkan kemewahan, namun kini ia menjadi satu keperluan disebabkan oleh perubahan iklim yang panas melampau. Akibatnya, ramai yang terbeban dengan bil elektrik yang tinggi dan sering mencari penyelesaian bagi mengelakkan tunggakan pembayaran.

Jika anda menghadapi situasi yang sama, mari cuba beberapa teknik penjimatan yang dikongsikan oleh Jessame Abejaron berdasarkan pengalamannya.

1. Tetapkan Mod Dehumidifier (Dry Mode)

Kaedah ini dapat membantu mengekalkan kelembapan bilik antara 50 hingga 60 peratus. Pada alat kawalan jauh, tetapkan suhu kepada 26 darjah Celsius. Anda akan mendapati suhu bilik yang sebenar adalah sekitar 24.3 darjah Celsius dengan kelembapan 47 peratus. Kebiasaannya, kelembapan bilik sekitar 70 peratus menunjukkan penyaman udara berfungsi dengan baik pada suhu bilik yang sesuai.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak menetapkan alat kawalan jauh kepada 16 darjah Celsius kerana keadaan cuaca hanya membolehkan suhu sekitar 19 darjah Celsius sahaja. Ini akan menyebabkan kompresor terus berjalan dan meningkatkan penggunaan serta kos elektrik. Setiap mod pada alat kawalan jauh mempunyai fungsi tersendiri.

 

2. Elakkan Mod Penyejukan (Cool Mode)

Untuk menjimatkan tenaga, tetapkan alat kawalan jauh ke mod dehumidifier pada suhu 24 atau 25 darjah Celsius. Sekiranya masih tidak selesa, anda boleh menetapkan kepada 22 darjah Celsius dalam mod penyejukan dan kemudian bertukar ke mod dehumidifier. Mod dehumidifier boleh menjimatkan kira-kira 50 peratus elektrik berbanding mod penyejukan kerana kompresor beroperasi pada frekuensi yang lebih rendah.

Berikut adalah anggaran kos elektrik sejam untuk penyaman udara mengikut kuasa kuda (HP):

  • 1 HP (900 watt): 20 sen sejam
  • 1.5 HP (1.2 kw): 30 sen sejam
  • 2 HP (1.9 kw): 40 sen sejam
  • 2.5 HP (2 kw): 50 sen sejam

 

Sumber: Mstar

 

Baca info lain:

Leave a Comment