Penjual Ini Dedah Cara Buat Cakoi Yang Gebu Dan Bersarang, Pasti Menjadi!

Adakah anda sudah lama mencari resepi cakoi yang sempurna? Penjual yang berpengalaman ini akhirnya membongkar rahsia bagaimana cara buat cakoi yang gebu dan bersarang dengan sempurna!

Ketahui teknik-teknik rahsia dan bahan-bahan istimewa yang dijamin akan membuatkan cakoi anda pasti menjadi.

Cara Buat Cakoi

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Penjual Ini Dedah Cara Buat Cakoi Yang Gebu Dan Bersarang, Pasti Menjadi!

 

Kuih Cakoi merupakan satu hidangan yang sangat digemari dan terkenal dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Selain dikenali sebagai Cakoi oleh bangsa Melayu, kuih ini juga dikenali di kalangan masyarakat Cina dengan nama ‘Youtiao’ dalam bahasa Mandarin atau ‘Yau Char Kwai’ dalam bahasa Kantonis.

Perkongsian dari Pengguna Facebook
Seorang wanita, Nur Nabilah Jailani, berkongsi ilmu penyediaan Cakoi dan pencicah olahannya melalui satu hantaran yang tular di akaun Facebook beliau. Perkongsian ini dilakukan di dalam kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Cakoi:
  • Satu setengah cawan tepung gandum
  • Tiga sudu teh serbuk penaik
  • Setengah sudu teh gula
  • Satu perempat sudu teh garam
  • Tiga sudu makan minyak masak
  • Setengah cawan air
Cara Penyediaan Kuih Cakoi:
  • Campurkan semua bahan di atas dan uli bancuhan selama tiga hingga empat minit sehingga menjadi doh.
  • Kemudian, simpan doh di dalam bekas dan rehatkan selama satu jam.
  • Setelah itu, sambung uli adunan doh selama sembilan hingga 10 minit dengan menggunakan tangan.
  • Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di chiller semalaman, sekurang-kurangnya lapan hingga sembilan jam, untuk mendapatkan hasil yang berongga dan bersarang.
  • Sebelum membentuk doh seperti cakoi, keluarkan adunan dan biarkan pada suhu bilik selama dua jam. Setelah itu, baru boleh dibentuk dan digoreng seperti biasa.
  • Untuk memastikan cakoi mengembang dengan baik, pastikan adunan selalu dipusing-pusingkan semasa menggoreng.

 

Resepi Srikaya Pandan ala Boat Noodle

Bahan-bahan:
  • Satu setengah cawan susu cair
  • Sedikit pes atau esen pandan
  • Secubit garam
  • Satu setengah sudu tepung kastard
  • Tiga hingga empat sudu susu pekat
  • Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan Srikaya Pandan:
  • Campurkan semua bahan dan masak di atas api kecil. Sentiasa kacau hingga bancuhan menjadi pekat dan timbul letupan-letupan besar.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Malaysia Dateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment