TERKINI : Akaun 3 KWSP Mula 11 Mei

Maklumat Terkini mengenai AKAUN 3 KWSP. Dapatkan maklumat mengenai tarikh pelaksanaan disini.

AKAUN 3 KWSP BERMULA MEI

AKAUN 3 KWSP

 

Mulai 11 Mei, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan Akaun Fleksibel untuk ahli berusia di bawah 55 tahun sebagai bahagian daripada penstrukturan semula akaun mereka.

 

Sebelum ini, KWSP telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun mereka dengan memperkenalkan Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan sekarang Akaun Fleksibel (Akaun 3) sebagai tambahan kepada penambahbaikan tersebut.

 

Mulai 11 Mei 2024, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing, sementara Akaun Fleksibel akan dimulakan dengan baki sifar.

 

Setiap caruman selepas tarikh tersebut akan dialokasikan kepada akaun baru mengikut pecahan berikut: 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera, dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel.

 

Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan syarat amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

 

SYARAT DAN KELEBIHAN AKAUN 3 KWSP

  • KWSP mengumumkan cadangan pengeluaran bulanan yang mandatori, khusus untuk ahli baru yang dilahirkan pada atau selepas tahun 2010.
  • Inisiatif Akaun 3 yang dicadangkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tunai kecemasan ahli dan menarik minat pekerja sektor tidak formal untuk menyumbang.
  • Ahli sedia ada berpeluang untuk menyertai Akaun 3 secara sukarela dengan pilihan memindahkan simpanan dari Akaun 1 atau 2.
  • Walaupun dividen Akaun 3 mungkin lebih rendah, ia bertindak sebagai dana kecemasan dengan caruman antara 3% hingga 5% yang akan dikreditkan secara automatik.

Sumber : Berita Harian

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat terkini mengenai Akaun 3 KWSP, sila rujuk sumber rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui:

 

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Hotline: 03-8922 6000

Laman web rasmi: https://www.kwsp.gov.my

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

BANTUAN KEWANGAN RM200 BLP : Cara Mohon & Semak Kelayakan

BANTUAN OKU 2024 : PAS PERJALAN PERCUMA

Bantuan Kewangan Ibu Tunggal 2024 : Semak Kelayakan Sekarang !

 

Leave a Comment