TERKINI : Subsidi tiket penerbangan pelajar sah sehingga Oktober 2024

Maklumat terkini : Subsidi tiket penerbangan untuk pelajar Sabah boleh digunakan sehingga Oktober, tidak hanya semasa Aidilfitri.

 

SUBSIDI TIKET PERNERBANGAN UNTUK PELAJAR SABAH

 

SUBSIDI TIKET PENERBANGAN

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang diberikan oleh kerajaan negeri tidak hanya terhad pada musim Aidilfitri, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga Oktober tahun ini.

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah serta Exco Pendidikan Sabah, menyatakan bahawa subsidi sebanyak RM600 setiap pelajar akan disalurkan menggunakan pelbagai kaedah.

Beliau menegaskan bahawa subsidi itu boleh disalurkan secara langsung kepada pelajar, terutama yang menerima tajaan daripada Yayasan Sabah, kerajaan negeri, dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

 

“Bagi pelajar yang tidak mendapat tajaan dan hanya menggunakan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sahaja, mereka akan kita kenal pasti melalui universiti masing-masing yang telah disahkan untuk kita salurkan bantuan kewangan ke akaun pelajar.”

 

Katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Bongawan pada Selasa, “Subsidi ini juga boleh dituntut dan digunakan sehingga Oktober ini. Ini bukan hanya untuk Aidilfitri tetapi sepanjang setahun ini.” 

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan jumlah pelajar di Semenanjung, Labuan, dan Sarawak yang sudah memanfaatkan subsidi tiket penerbangan tersebut selepas diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Dalam perkara lain, apabila diminta memberikan pandangan mengenai kemajuan liputan 4G di seluruh Sabah, beliau menjelaskan bahawa secara keseluruhan, Sabah kini menikmati liputan 4G melebihi 80 peratus di kawasan berpenduduk.

Sumber : Sinar Harian

BANTUAN TIKET PENERBANGAN ONE-OFF RM 600

Mulai minggu depan, semua pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Labuan akan menerima subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600.

Baca disini untuk maklumat lanjut : Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan RM 600 : Bantuan akan disalurkan minggu depan!

 

BACAAN LAIN

Leave a Comment