Semak Status Bantuan MyKad RM350 2024 – Semak jika anda B40

Semak status Bantuan MyKad RM350 2024 dan pastikan anda tidak terlepas sebarang bantuan penting. Langkah mudah dan pantas menanti anda.

Baca Juga : Cara Paling Mudah Mohon PeKa B40 Tahun 2024 

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD RM350 2024

Bantuan MyKad RM350 2024

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kategori berikut sahaja yang layak menerima bantuan MyKad berjumlah RM350 untuk fasa ketiga (3):

  • Bujang belum berkahwin
  • Bujang OKU
  • Balu tiada anak
  • Duda / Janda tiada anak

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM350 2024

Pengkreditan bantuan tunai ke dalam MyKad adalah secara berperingkat bermula pada:

  • 1 Ogos 2024 (Khamis) bagi penerima di Semenanjung Malaysia
  • 12 Ogos 2024 (Isnin) bagi penerima di Sabah dan Sarawak

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM350 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk pembelian:

  • Barang asas dapur: beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa
  • Barang kesihatan & kebersihan: ubat-ubatan, sabun, syampu, dan ubat gigi
  • Peralatan persekolahan: seragam sekolah, kasut, dan alat tulis

HAD PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024

Bagi kategori bujang, had bantuan untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM600. Sekiranya bantuan tidak digunakan pada bulan tersebut, ia akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2024 sahaja dan tidak boleh digunakan lagi selepas itu.

SEMAK BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak bantuan MyKad fasa ketiga (3):

  1. Sila layari pautan rasmi semakan di sini: Semakan Status
  2. Anda akan dibawa ke halaman semakan.
  3. Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan anda.
  4. Klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib berikut:

Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

 Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: Portal Rasmi SARA.

Baca Juga : Panduan Terkini Cara Semak Status STR Secara Online 

Leave a Comment