Dapatkan ringkasan Belanjawan 2025 dengan pelbagai peruntukan penting untuk rakyat, penjawat awam, pelajar, dan usahawan. Muat turun PDF sekarang untuk maklumat lengkap.
Persidangan intipati Belanjawan 2025 telahpun selesai dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober 2024 di Dewan Rakyat. Pelbagai bentuk bantuan yang diperuntukan dengan sebilangan besar peruntukan dana yang telah dipersetujui oleh Kerajaan.
Bagaimanakah ringkasan belanjawan 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
RINGKASAN BELANJAWAN 2025
Belanjawan 2025 telah membentangkan pelbagai peruntukan yang menyentuh isu-isu penting serta memberikan bantuan kepada pelbagai golongan masyarakat. Berikut adalah ringkasan dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan dan inisiatif utama yang diumumkan:
- Pelarasan Pencen Secara Berfasa Mengikut Kumpulan Perkhidmatan, Termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Pencen bagi pesara kerajaan dan ATM akan diselaraskan secara berperingkat berdasarkan kumpulan perkhidmatan. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan kewangan golongan pesara terjamin.
- Peruntukan Lebih RM1.8 Billion untuk Membina, Menyelenggara dan Membaik Pulih Kuarters Penjawat Awam
- Jumlah ini diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan yang melibatkan pembinaan baru, penyelenggaraan, dan pembaikan kuarters penjawat awam, untuk memperbaiki kualiti tempat tinggal mereka.
- RM50 Juta Untuk Penganjuran Program-program Pemupukan Semangat Jati Diri
- Peruntukan ini akan digunakan untuk program-program yang memupuk semangat patriotisme dan nilai-nilai kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda.
- Peruntukan RM20 Juta Untuk Ekosistem E-Sukan
- Peruntukan ini bertujuan membangunkan ekosistem e-sukan di Malaysia, termasuk penganjuran acara e-sukan, latihan, dan pembangunan infrastruktur.
- RM150 Juta Untuk Menyelenggara Prasarana Pendidikan Islam JAKIM: Sekolah Pondok, Sekolah Tahfiz, dan Sekolah Agama Rakyat
- Dengan tujuan mempertingkatkan kualiti pendidikan Islam, dana ini diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah berasaskan agama.
- Sumbangan RM35 Juta Kepada Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, dan Marbut
- Dana ini disalurkan untuk memberi sumbangan kewangan kepada lebih 70,000 penggerak institusi agama, sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.
- RM380 Juta Untuk Masyarakat Orang Asli
- Dana ini diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli, termasuk pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur.
- RM10 Juta Untuk NGO dan JAKOA
- Peruntukan ini disalurkan kepada NGO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk memperkukuhkan usaha-usaha mereka dalam memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Orang Asli.
- Kenaikan Kadar Bantuan untuk OKU dan Warga Emas di Bawah JKM
- Kadar bantuan bagi OKU dan warga emas yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan untuk memperbaiki taraf hidup golongan ini.
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM13 Billion untuk 9 Juta Rakyat Dewasa
- Sebanyak RM13 bilion diperuntukkan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah kepada 9 juta rakyat dewasa, untuk meringankan beban kos sara hidup.
- RM700 Juta untuk Program Mengawal Kos Sara Hidup
- Dana ini akan digunakan untuk pelbagai program yang bertujuan mengawal dan menurunkan kos sara hidup rakyat.
- Hampir RM900 Juta untuk Melaksanakan Program PRR dan Projek Rumah Mesra Rakyat
- Jumlah ini diperuntukkan untuk Program Perumahan Rakyat (PRR) dan projek Rumah Mesra Rakyat bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah.
- RM2.6 Billion untuk FELDA, FELCRA, dan RISDA
- Dana sebanyak RM2.6 bilion diperuntukkan kepada FELDA, FELCRA, dan RISDA untuk memperkasa sektor pertanian dan kesejahteraan warga peneroka.
Diharapkan ringkasan ini memberikan gambaran yang jelas mengenai peruntukan dan inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Belanjawan 2025. Untuk maklumat lebih mendalam dan terperinci, muat turun Ringkasan Belanjawan 2025 PDF sekarang!
Dan pelbagai lagi peruntukan bantuan-bantuan khas untuk rakyat, penjawat awam, pelajar sekolah / mahasiswa, usahawan dan banyak lagi yang telah dibentangkan.
DOWNLOAD / MUAT TURUN RINGKASAN BELANJAWAN 2025 PDF
Untuk mengetahui segala isi lengkap berkaitan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sila download / muat turun PDF di bawah :
PDF RINGKASAN BELANJAWAN 2025 – Download
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
MOF: Hubungi Kami
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi Belanjawan Malaysia.