Resepi Tauhu Bergedil: Resepi mudah, cepat dan pasti jadi!

Mari kita bersama-sama belajar resepi Tauhu Bergedil, sebuah sajian snek yang inovatif menggabungkan kelazatan tauhu dan bergedil.

Resepi Tahu Bergedil

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Tauhu Bergedil: Ini resepi Chef terkenal yang mudah dan gerenti sedap!

 

Tauhu Bergedil, satu kegemaran yang sering menggugah selera masyarakat Malaysia, adalah kombinasi unik yang menggabungkan kelembutan tauhu dengan kenikmatan bergedil. Makanan ini, yang bertapak dalam tradisi masakan Nusantara, telah menjadi ikon di kalangan penggemar makanan ringan serta pencinta masakan lokal.

Di Malaysia, Tauhu Bergedil bukan hanya sekadar hidangan sampingan, tetapi juga telah menjadi simbol keakraban dan perpaduan budaya yang merentasi pelbagai etnik di negara ini. Kelazatan telah menjadikannya pilihan yang popular di majlis-majlis keramaian, pasar malam, dan juga sebagai hidangan istimewa di meja makan keluarga Malaysia.

 

Resepi Tauhu Bergedil

  • Masa Penyediaan: 30-40 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 25 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk tauhu begedil:
    • 300g / 25-30 biji tauhu kering
    • ½ biji bawang besar
    • 150g daging kisar
    • 6-7 biji kentang
    • 3 tangkai cili merah
    • sedikit daun sup
    • ½ cawan bawang goreng
    • ½ sudu kecil lada sulah
    • garam secukup rasa
    • 2 biji telur
    • secubit garam

 

  • Bahan-bahan untuk cili kicap:
    • ½ biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 10 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • sedikit minyak
    • Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
    • Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk tauhu begedil:
    1. Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
    2. Cincang halus daun sup dan cili merah.
    3. Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
    4. Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
    5. Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
    6. Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
    7. Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
    8. Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
    9. Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
    10. Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
    11. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
    12. Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
    13. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
    14. Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
    15. Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.

 

  • Cara-cara untuk sambal kicap:
    1. Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
    2. Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
    3. Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
    4. Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.

 

Rujukan video penyediaan Tauhu Bergedil:

 

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

5 Easy Meals for Students on a Budget! : Cheap and quick!

Resepi Kuih Kaswi Pandan : Resepi viral yang mudah dan pasti menjadi!

Resepi Ikan Bakar: Resepi mudah dan pasti jadi dari Chef terkenal!

Leave a Comment