Resepi Ayam Masak Kurma yang membuatkan jiran anda datang ketuk pintu!

Isi Kandungan Resepi Ayam Masak Kurma yang membuatkan jiran anda datang ketuk pintu! Resepi Pertama Ayam Masak Kurma Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: Rujukan video penyediaan: Resepi Kedua Ayam Masak Kurma Bahan-bahan: Cara Penyediaan: RUJUK …

Resepi Ayam Masak Kurma

Anda tidak akan percaya! Resepi Ayam Masak Kurma ini begitu sedap sampai jiran sebelah ikut terpanggil! Ketahui rahsia resepinya di sini, dan sedia untuk berdepan dengan kunjungan tak terduga!

Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi Ayam Masak Kurma yang membuatkan jiran anda datang ketuk pintu!

 

Ini Dia! Rahsia Ayam Masak Kurma yang akan membuat tetangga mengetuk pintu anda minta resepi! Bukannya hype, ini adalah resepi Ayam Masak Kurma yang telah menggegarkan dapur-dapur seluruh Malaysia dengan aroma dan rasanya yang luar biasa. Lakukan ini dan saksikan bagaimana hidangan ini menjadi bintang di setiap majlis. Siap untuk mengejutkan keluarga dan rakan-rakan dengan kebolehan terpendam Anda dalam masakan?

 

Resepi Pertama Ayam Masak Kurma

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah
    • 2 inci halia

 

  • Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
    • 1 pek rempah kurma/ 3 sudu besar
    • sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk ayam masak kurma :
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • daun kari
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang karot
    • 1 biji kentang
    • 1 mangkuk kecil santan cair
    • 1 biji bawang besar
    • 1 mangkuk kecil santan pekat
    • 1 biji tomato
    • 2 biji cili hijau, belah 2
    • 2 biji cili merah, belah 2
    • 3 biji cili padi
    • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  1. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  2. Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
  5. Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
  7. Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, tambah sedikit air putih…kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
  8. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.
  9. Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
  10. Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
  11. Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
  12. Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
  13. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
  14. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
  15. Perasakan dengan garam secukupnya.

 

Tip Masakan:
  • Che Nom masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kedua Ayam Masak Kurma

  • Masa Penyediaan: 20 Minit
  • Masa Memasak: 40 Minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa

 

  • Bahan untuk dikisar:
    • 5 ulas bawang putih*
    • 5 ulas bawan merah*
    • 2 cm halia*

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment