PLKN 3.0 Sesi Januari 2025: Panduan Rasmi untuk Semakan Dan Permohonan

Semakan dan permohonan kini dibuka! Ketahui cara-cara untuk semak kelayakan dan hantar permohonan anda bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara terbaru. Dapatkan maklumat lengkap di sini.

PLKN 3.0 Sesi Januari 2025:

Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG TANPA KABEL
Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG Terkini Seluruh Malaysia. Senang Diterima Kerja! https://chat.whatsapp.com/C8deIXVlgqH3BLG5Vsdcvk

PLKN 3.0 Sesi Januari 2025: Panduan Rasmi untuk Semakan Dan Permohonan

 

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan format dan konsep baru yang lebih relevan untuk generasi masa kini. Pengenalan semula program ini diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri.

 

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan. Modul-program tersebut merangkumi latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter, dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan PLKN:

Latihan Asas Ketenteraan: Kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan, pembinaan pasukan, kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai, dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan: Sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, sistem dunia, isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional.
Elemen Khidmat Masyarakat: Aktiviti di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, kempen kitar semula, projek masyarakat desa, pemulihan alam sekitar, taklimat kesihatan, derma darah.

 

Sejarah Ringkas PLKN

PLKN pernah dihentikan pada tahun 2015 atas langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN 2.0. Namun, pada 13 Ogos 2018, program ini dimansuhkan oleh Mesyuarat Kabinet kerana disalahgunakan untuk tujuan indoktrinasi fahaman tertentu dan melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

IMBAS KEMBALI:

16 Februari 2004: Pelancaran pertama PLKN dengan kumpulan pertama seramai 26,000 remaja.
2015: Penangguhan pelaksanaan untuk menjimatkan RM400 juta.
2018: Pemansuhan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
2025: Pengumuman pelaksanaan semula oleh Kementerian Pertahanan dengan konsep dan format baru.

 

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu melalui:

Kementerian Pertahanan
Kementerian Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Program ini akan dijalankan di kem tentera dan tidak mengambil masa lama seperti dahulu. Modul asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%) akan digunakan. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berfasa:

Fasa Pra PLKN
Diperkenalkan di peringkat sekolah untuk pelajar Tingkatan 4 sebagai persiapan menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.

Fasa Latihan Asas PLKN
Melibatkan remaja berusia 17 tahun dan ke atas yang bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di kem askar wataniah, universiti awam (UA), dan beberapa politeknik.

Latihan terdiri daripada:

Modul asas kenegaraan (70%)
Latihan asas ketenteraan (30%)

Siapa Yang Terlibat?

Fasa Latihan Pra PLKN: Pelajar Tingkatan 4 semasa kegiatan kokurikulum.
Fasa Latihan Asas PLKN: Remaja berusia 17 tahun dan ke atas.
Fasa Peringkat Latihan Lanjutan: Sedang dibincangkan untuk melihat kepada peluang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Usia pelatih: Sebenarnya, Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 hingga 35 tahun. Namun, hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan akan terlibat bermula Januari 2025.

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0. Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan mereka yang lahir pada tahun 2007 sahaja akan menjalani program ini.

Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan sehingga berusia maksimum 35 tahun.

 

Lokasi, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 12 Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Lokasi bagi program rintis ini melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, iaitu di Kuala Lumpur dan Pahang. Program ini akan diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara dengan pelaksanaan penuh pada tahun 2026.

PLKN bagi sesi Januari 2025 akan dilaksanakan melalui kem Wataniah di seluruh negara, namun untuk permulaan ini hanya satu kem akan dibuka yang melibatkan seramai 200 pelatih.

Adly berkata, Kementerian Pertahanan tidak menghadapi masalah untuk mencapai sasaran 200 pelatih, termasuk mereka yang mendaftar secara sukarela.

“Buat masa ini, kita memang menumpukan kepada pelajar lepasan SPM, tetapi menurut akta, program ini boleh disertai oleh pelatih sehingga usia 35 tahun,” katanya.

 

Cara Memohon Latihan PLKN 3.0 2024

Permohonan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2025 kini dibuka untuk semua calon yang berminat secara sukarela.

Kriteria Permohonan:

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Lelaki berumur antara 18 hingga 20 tahun.

 

Maklumat Lapor Diri:

Tarikh Lapor Diri: 12 Januari 2025
Tempat Lapor Diri: Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur
Untuk memohon, sila layari laman web rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia di www.mod.gov.my atau imbas kod QR yang terdapat pada poster di bawah.

 

Pautan borang permohonan pelatih PLKN 2025 sesi Januari 2025: https://docs.google.com/forms/d/18f1Er9pB1wmQg3gacmmNkAhsSy9tIqUeAIem7jSzTxY/viewform?edit_requested=true

 

Maklumat Lanjut PLKN 3.0 2024/2025

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:

 

Baca info lain:

Leave a Comment