Petua mudah masak telur ikan mayong: Hilangkan bau hanyir dan elak pecah

Adakah anda pernah berdepan dengan masalah telur ikan mayong yang berbau hanyir dan mudah pecah semasa dimasak?

Ketahui petua mudah masak telur ikan mayong yang terbukti berkesan untuk menghadapi cabaran ini.

Petua mudah masak telur ikan mayong

Petua mudah masak telur ikan mayong: Hilangkan bau hanyir dan elak pecah

 

Bagi peminat telur ikan, pasti anda tahu betapa sedapnya telur ikan dimasak kari, boleh bertambah nasi walaupun tiada selera makan. Namun, ramai yang tidak gemar memasaknya di rumah kerana telur ikan mudah pecah dan kadang kala, bau hanyirnya terlalu kuat.

Berikut adalah perkongsian oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail menerusi halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’ yang boleh membantu anda:

“Ini adalah petua nak masak telur ikan supaya ia tidak hanyir dan tidak pecah di dalam masakan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

 

Tips Memasak Telur Ikan:

  • Cuci Telur Ikan dengan Air Asam Jawa

Cuci telur ikan menggunakan air asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir.

  • Rendam Telur Ikan dengan Kapur

Rendam telur ikan selama lebih kurang 30 minit dengan satu sudu teh kapur untuk mengukuhkan struktur telur ikan agar tidak mudah pecah.

  • Celur dalam Air Menggelegak

Celur telur ikan di dalam air yang menggelegak sehingga ia kenyal. Selepas itu, barulah dimasukkan ke dalam kuah masakan.

  • Alternatif: Mengukus Telur Ikan

Selain mencelur, telur ikan juga boleh dikukus. Cara ini juga berkesan untuk menjaga teksturnya agar tidak mudah pecah.

 

Sebolehnya, elakkan terus memasukkan telur ikan ke dalam masakan tanpa melalui proses di atas. Ini kerana kuah masakan pasti akan menjadi pekat dan telur ikan akan pecah di dalamnya, seterusnya mengeluarkan bau hanyir.

Selain itu, telur ikan yang masih bersarung lebih sedap dimakan bersama sarungnya.

Pandangan Netizen:

Netizen turut berkongsi petua supaya tidak memasak telur ikan dalam tempoh yang lama kerana bimbang telur ikan akan menjadi keras.

“Boleh basuh telur ikan hingga bersih sebelum mencelurnya dalam air mendidih selama lebih kurang 30 minit. Masak dengan api sederhana, jangan lama sangat nanti jadi keras dan tidak sedap,” kongsi seorang netizen.

“Baru tahu cara yang betul. Sebelum ni buat asam pedas telur ikan, kuah jadi pekat dan bau hanyir. Rupanya sebab telur tu,” tambah seorang lagi pengguna.

 

Dengan mengikuti petua-petua di atas, anda pasti dapat menikmati telur ikan dengan lebih sedap tanpa risau mengenai bau hanyir atau tekstur yang mudah pecah. Selamat mencuba!

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca info lain:

Leave a Comment