Peluang Kerjaya di Majlis Bandaraya Seberang Perai 2024!
Anda berpeluang untuk mengisi jawatan yang kosong, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan yang diperlukan dan segera isi permohonan anda.
Peluang Kerjaya di Majlis Bandaraya Seberang Perai 2024
Maklumat Jawatan Kosong
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Seberang Perai seperti berikut:
JAWATAN | GRED | TARAF | KEKOSONGAN | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMA |
Jurutera (Awam) | J41 | Kontrak | 1 | RM 2,529.00 | RM 9,643.00 |
Penolong Pegawai Tadbir | N29 | Kontrak | 1 | RM 1,493.00 | RM 5,672.00 |
Penolong Jurutera (Elektrik) | JA29 | Kontrak | 8 | RM 1,549.00 | RM 5,701.00 |
Penolong Jurutera (Awam) | JA29 | Kontrak | 2 | RM 1,549.00 | RM 5,701.00 |
Pembantu Kesihatan Awam | U19 | Tetap | 7 | RM 1,360.00 | RM 4,052.00 |
Rujuk iklan penuh jawatan di sini: https://ejawatan.mbsp.gov.my/Home/JawatanKosong
Syarat Permohonan
Syarat lantikan secara terperinci beserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web e-jawatan Majlis Bandaraya Seberang Perai di www.mbsp.gov.my.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari Sistem e-Jawatan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan membuat permohonan secara atas talian (online) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan di www.mbsp.gov.my.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pemohon-pemohon yang telah berdaftar di laman e-jawatan MBSP hendaklah mengemaskini semua maklumat permohonan sebelum memohon jawatan yang diiklankan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 04-5497 850 / 814 / 732 / 431 / 430 atau e-mel ke perjawatan@mbsp.gov.my.