Pelajari cara mudah dan cepat kemas kini STR 2025 secara online. Dapatkan panduan lengkap yang memudahkan proses kemas kini anda dengan langkah-langkah yang jelas dan ringkas.
Cara Mudah Dan Cepat Kemas Kini STR 2025 Secara Online
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini telah dibuka kepada orang ramai. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Belanjawan 2025, telah mengumumkan kenaikan peruntukan untuk STR kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan lebih 9 juta penerima yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi semasa.
Sehubungan itu, bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, kemas kini maklumat permohonan adalah perlu untuk mengelakkan daripada keciciran. Difahamkan, kemas kini maklumat permohonan STR 2025 telah dibuka bermula 19 Oktober 2024 hingga 31 November 2024.
Penerima bantuan perlu mengemas kini data STR sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan STR anda tidak lulus. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemas kini STR 2025 secara dalam talian (online).
Cara Kemas Kini STR 2025
Jika anda belum pernah mengemas kini maklumat peribadi akaun STR, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan, iaitu secara fizikal (walk-in) atau dalam talian (online).
Kemas Kini Secara Fizikal
Bagi mereka yang memilih untuk mengemas kini maklumat secara manual, anda perlu hadir di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.
Kemas Kini Secara Online
Untuk kemas kini secara dalam talian, anda boleh terus masuk ke laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Langkah-langkah berikut perlu diikuti:
- Log masuk melalui laman rasmi STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pilih Log Masuk atau Permohonan Baharu STR bagi mereka yang belum mempunyai akaun.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (IC) dan pilih Semak. Jika anda sudah mempunyai akaun, masukkan Nombor IC berserta kata laluan.
- Pilih Kemas Kini Permohonan untuk mengemas kini maklumat pemohon, pasangan, anak, dan waris.
- Pastikan anda turut mengirim dokumen sokongan sebagai bukti kemas kini.
- Setelah memastikan semua maklumat adalah benar, pengesahan Kod CAPTCHA akan dipaparkan. Pilih Teruskan untuk membuat pengesahan.
- Pilih Hantar dan permohonan kemas kini yang berjaya dihantar akan terpapar di skrin anda.
Anda boleh membuat salinan permohonan bagi pemohon baru, begitu juga menyimpan maklumat kemas kini yang telah dibuat oleh pemohon semasa.
Kami berharap panduan ini dapat membantu anda. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi LHDN atau rujuk kepada sumber yang dipercayai.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)