JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN LUAR NEGERI : Gaji Sehingga RM 2100

Mohon Sekarang! JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN LUAR NEGERI . Dapatkan Maklumat Terkini Di Sini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) mengalu-alukan permohonan daripada Warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP. Sila rujuk kelayakan yang dinyatakan di bawah untuk memohon.

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG TANPA KABEL
Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG Terkini Seluruh Malaysia. Senang Diterima Kerja! https://chat.whatsapp.com/C8deIXVlgqH3BLG5Vsdcvk

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

Personel MySTEP Stera Gred 41
JawatanPersonel MySTEP Stera Gred 41
Kementerian/ JabatanSekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar Negeri
Kumpulan PerkhidmatanKontrak
Kadar UpahRM2,100.00
Tempoh Perkhidmatan1 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024
Deskripsi Tugas
1. Membantu dalam kerja-kerja penyusunan maklumat dan kerja-kerja semasa acara/program;
2. Membantu dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan dokumen-dokumen seperti surat/memo, minit ceraian/mesyuarat, minit bebas, emel dan lain-lain;
3. Membantu dalam mengurus setiakan mesyuarat yang berkaitan dengan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025;
4. Membantu dalam menyediakan laporan berkaitan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025;
5. Membantu dalam tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Personel MySTEP Stera Gred 29
JawatanPersonel MySTEP Stera Gred 29
Kementerian/ JabatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri
Kumpulan PerkhidmatanKontrak
Kadar UpahRM1,900.00
Tempoh Perkhidmatan1 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024
Deskripsi Tugas
1. Membantu mengemaskini dokumen-dokumen ke dalam fail peribadi pegawai bagi semua kumpulan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri (KLN);
2. Membantu mengemaskini buku rekod perkhidmatan pegawai;
3. Membantu mengemaskini sandangan HRMIS dan maklumat perjawatan, pengisian dan kekosongan (JIK) bagi semua kumpulan perkhidmatan di KLN;
4. Membantu menyemak sub-modul myPortfolio dan myJD HRMIS untuk semua pegawai dalam Cawangan Pengurusan Perkhidmatan;
5. Membantu memuat naik salinan surat/ dokumen ke dalam sistem DDMS;
6. Membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen mesyuarat;
7. Membantu dalam semakan dokumen-dokumen rasmi;
8. Membantu dalam mengurusetia dan melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Kementerian;
9. Membantu dalam mengurusetia dan melaksanakan majlis rasmi di peringkat Kementerian dan Bahagian seperti Majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri dan Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Diplomatik Malaysia ke luar negara; dan
10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

 

Syarat Kelayakan

  1. Usia tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Mahir dalam menulis dan berkomunikasi, mampu bekerja dalam kumpulan dan bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diperlukan.
  4. Kebolehan menggunakan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint, dan MS Excel.
  5. Disiplin dan mampu melaksanakan tugas dengan arahan minimum.
  6. Keutamaan diberikan kepada yang berada di Putrajaya/Selangor.

 

CARA MOHON JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

Permohonan perlu dilakukan secara dalam talian menerusi laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk mengakses iklan jawatan dan menghantar permohonan anda. 

 

Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

 

PAUTAN MEMOHON JAWATAN KOSONG

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

22 April 2024 

JAWATAN KOSONG YANG YANG BOLEH ANDA MOHON

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Personel MySTEP) : Gaji RM1500-RM1999 !

Jawatan Kosong PERSONEL MySTEP POLITEKNIK – Gaji RM1500-RM1999

JAWATAN KOSONG Park Hyatt Kuala Lumpur – Pembantu Sumber Manusia

Leave a Comment