Berita Baik! Gaji Minimum RM1700 untuk Semua Pekerja mulai 2025

Berita baik untuk semua pekerja! Mulai 2025, gaji minimum RM1700 akan dilaksanakan di Malaysia. Ketahui siapa yang layak dan bagaimana ini akan memberi kesan kepada anda.

Pengenalan

Berita baik buat semua pekerja di Malaysia! Gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,500 kepada RM1,700 berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. Pengumuman ini dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini. Mari kita teliti lebih lanjut mengenai pengumuman ini.

gaji minimum

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Belanjawan 2025: Gaji Minimum RM1700 untuk Semua Pekerja

gaji minimum rm1700 2025

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Selain itu, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 untuk majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja akan ditangguhkan selama 6 bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Akta Kadar Gaji Minimum 2025

Menurut Dasar Gaji Minimum yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011 melalui penggubalan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Proses penetapan gaji minimum dijalankan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Sehingga kini terdapat enam (6) Perintah Gaji Minimum (PGM) dan yang terkini adalah PGM 2024.

Kadar Bayaran Bulanan / Harian / Per Jam

Kadar gaji minimum RM1,700 sebulan terpakai bagi seluruh negara. Bagi mereka yang tidak dibayar gaji pokok tetapi berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan tidak boleh kurang daripada RM1,700.

Pecahan Mengikut Hari dan Jam

Bayaran Harian dan Bayaran Per Jam masih dalam perincian mengikut peraturan PGM yang baru.

Pekerja yang Terlibat

PGM ini terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan. Menteri Sumber Manusia turut menegaskan bahawa gaji minimum bukanlah gaji permulaan tetapi gaji asas yang sepatutnya dibayar.

gaji minimum 2025 RM1700

Tarikh Pelaksanaan

  • 1 Februari 2025: Gaji minimum RM1,700 sebulan terpakai kepada:
    • Majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih.
    • Majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja.
  • 1 Ogos 2025: Gaji minimum RM1,700 sebulan terpakai kepada semua majikan yang menggajikan pekerja.

Aktiviti profesional merujuk kepada pengkelasan Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.

Tindakan Bagi Majikan Yang Gagal Mematuhi Perintah Gaji Minimum

Seksyen 43 Akta 732 memperuntukkan tindakan tegas bagi majikan yang gagal mematuhi PGM. Penalti termasuk denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, penalti am tidak lebih RM10,000, denda RM1,000 bagi kesalahan berterusan, dan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun bagi kesalahan berulang.

Aduan Pekerja

Pekerja yang mendapati pelanggaran terhadap PGM boleh membuat pengaduan kepada Jabatan Tenaga Kerja. Saluran untuk menghubungi:

 

Soalan Lazim Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2025 (PGM)

Definisi “Gaji Minimum”

Menurut Seksyen 2, Akta 732, gaji minimum adalah gaji pokok tanpa elemen tambahan seperti elaun, insentif, atau bayaran tambahan lain.

Kadar Gaji Minimum

Kadar gaji minimum adalah RM1,700 sebulan bagi seluruh negara.

Kepatuhan dan Pelaksanaan

Setiap majikan wajib membayar kadar gaji minimum yang ditetapkan walaupun persetujuan bersama dengan pekerja untuk kadar yang lebih rendah. PGM terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja asing/bukan warganegara tanpa diskriminasi.

Perubahan PGM dan Dasar Gaji Progresif

Pelaksanaan PGM tidak bertentangan dengan Dasar Gaji Progresif dan tidak mempengaruhi amalan Productivity-Linked Wage System (PLWS) selagi pekerja menerima gaji tidak kurang daripada gaji minimum.

Penutup

Peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,700 bulan pada tahun 2025 menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan pekerja di Malaysia. Langkah-langkah ini penting untuk memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada tenaga kerja kita dan memastikan bahawa majikan mematuhi undang-undang gaji yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggajian dan peraturan berkaitan, rujuk laman web rasmi Kementerian Sumber Manusia.

Nota: Artikel ini disediakan bagi tujuan maklumat umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Rujuk pakar atau pihak berkuasa berkaitan untuk nasihat lanjut.

 

Leave a Comment