Dapatkan RM300 segera dalam e-Wallet anda hanya dengan langkah pendaftaran mudah – tempoh terhad adalah! Baca cara lengkap dan daftar sebelum 15 Ogos untuk menikmati manfaat ini.
Info Terkini STR Fasa 3 Bermula Ogos Ini: Sila semak status anda !
Bantuan e-Wallet B40 RM300 Sebulan
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pembukaan portal permohonan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), yang menyediakan bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan kepada keluarga yang layak.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pasca-pandemik dengan membantu menampung kos keperluan asas dan pendidikan.
Kelebihan Bantuan eWallet B40 RM300 Sebulan
Penerima bantuan boleh menikmati beberapa kelebihan:
- Bantuan RM300 setiap bulan melalui e-Wallet BINGKAS yang boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar.
- Melakukan transaksi tanpa tunai menggunakan e-Wallet.
- Had belian bulanan RM300 untuk barangan keperluan asas.
- Nilai baki tidak terpakai pada bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
- e-Wallet akan diisi semula nilai sebanyak RM300 secara automatik setiap bulan.
Tarikh Permohonan Bantuan eWallet B40 RM300 Sebulan
Permohonan bantuan telah dibuka mulai 5 Julai 2024 dan akan berakhir pada 15 Ogos 2024. Namun, tarikh penutupan permohonan mungkin berubah mengikut kuota yang ditetapkan.
Tempoh Kelulusan Permohonan
Permohonan yang telah dihantar akan diproses dalam masa 14 hari. Selepas kelulusan diperolehi, pemohon akan dimaklumkan serta bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.
Syarat Kelayakan Pemohon
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut untuk layak:
- Warganegara Malaysia.
- Keluarga dengan tanggungan sekurang-kurangnya dua orang anak berusia di bawah 18 tahun.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor.
Cara Permohonan Bantuan e-Wallet
Untuk membuat permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Lawati Portal Rasmi Permohonan di sini.
- Klik ‘Daftar Sekarang’ pada halaman utama.
- Pilih ‘Daftar Akaun Selangkah Baru’.
- Masukkan nombor telefon dengan format yang betul.
- Klik ‘Teruskan’ dan isi butiran peribadi dengan tepat.
- Setelah pendaftaran lengkap, log masuk dan klik ‘Buat Permohonan’.
- Lengkapkan segala maklumat diperlukan dan hantar.
- Tambah maklumat anak jika perlu dan muat naik dokumen sokongan.
- Akhirnya, tandakan kotak persetujuan dan hantar permohonan.
*Nota: Pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan mengaktifkan akaun e-Wallet selepas permohonan.
Rujukan dan Penafian
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi BINGKAS atau hubungi Talian Hotline: 1-800-22-6600 atau hubungi BINGKAS
Artikel ini tidak lebih daripada pembahagian informasi tanpa niat untuk mendapatkan data peribadi atau caj bayaran berdasarkan informasi yang dikongsikan. Tujuan utamanya adalah menyebarkan maklumat yang tepat dan memudahkan akses kepada berita terkini tentang bantuan ini.
Baca Juga : Bantuan Kewangan RM2500 untuk Pelajar B40 – Cara Mohon