eBaki MARA merupakan satu portal yang memudahkan semua peminjam MARA (pelajaran), bagi menyemak dan membayar baki pinjaman mereka secara online.
Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui pihak MARA banyak memberikan bantuan pinjaman pelajaran bagi pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di institusi pengajian samada dalam dan luar negara.
Jenis Pinjaman Pelajaran
Terdapat 2 jenis student loan yang diberikan oleh pihak MARA kepada para pelajar iaitu:
- Tertiary Education Loan Program (TESP) – Khas bagi pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk menyambung pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan oleh pihak MARA.
- Excellent Student Program (IPMa) – Khas bagi pelajar cemerlang Institut Pendidikan MARA (IPMA) bagi menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dimana pelajar dipilih mengikut pencapaian akademik yang cemerlang & penglibatan aktif dalam kurikulum semasa di IPMA semasa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bagi kemaskini terkini jenis pendidikan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman
https://www.mara.gov.my/en/index/education/education-financing/peringkat-diploma-ijazah-2/
Selepas pelajar menamatkan pengajian, mereka diperlukan untuk membayar semula pinjaman pelajaran yang diberikan oleh MARA. Jumlah bayaran pula adalah ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik mereka setelah tamat belajar.
Portal eBaki MARA
Untuk pelajar yang telah menamatkan pelajaran menggunakan pinjaman MARA (pelajaran), mereka boleh gunakan eBaki Mara untuk semak perincian mengenai pinjaman mereka seperti yang berikut:
- Semak baki pinjaman MARA
- Semak penyata pinjaman MARA
- Semak jadual bayaran semula pinjaman MARA
- Permohonan e-moratarium
- Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman MARA
- Maklumat pembayaran semula pinjaman MARA
eBaki MARA Login
- Layari website eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Untuk pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link “Pengguna Baru”
- Isikan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carian
- Kemudian, lengkapkan pendaftaran dan mengisi segagala butiran yang dikehendaki
Semakan eBaki MARA
- Layari website eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Masukkan ID Pengguna dan Kataluan
- Klik butang Hantar
- Pada tulisan “Jadual Bayaran Balik” klik [Papar]
Maklumat Lanjut eBaki MARA
Untuk maklumat lanjut mengenai info atau pertanyaan berkaitan MARA, sila klik pautan website portal seperti berikut:
- Facebook MAJLIS AMANAH RAKYAT
- Laman web rasmi : https://www.mara.gov.my