Anda tahu tak MyKad anda sebenarnya boleh beri RM1800 tambahan? Artikel ini akan tunjukkan cara mudah permohonan. Jangan lepaskan peluang ini, baca sekarang!
Baca Juga : RM1200 Bantuan MyKad: Cara Mudah Semak Kelayakan B40 dan M40
RM1800 dalam MyKad Anda – Bantuan B40
Berita baik untuk golongan B40! Bantuan kewangan pada tahun 2024 kini tersedia dalam MyKad anda. Walaupun jumlah bantuan tidak sepenuhnya RM1800, kelayakan penerima adalah seperti berikut:
Kelayakan Penerima dan Kadar Bantuan
- Penerima Berkeluarga: RM1,200 setahun
- Penerima Bujang: RM600 setahun
Tempoh Pemberian Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Bantuan akan diterima dalam bentuk tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2024 hingga Disember 2024. Ia akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.
Senarai Negeri Penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Hanya penerima yang beralamat di negeri-negeri berikut layak menerima bantuan ini:
- Selangor
- Putrajaya
- Kuala Lumpur
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
Kegunaan Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Penerima bantuan boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli barangan berikut:
- Barangan keperluan asas dapur: Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa.
- Barangan keperluan kebersihan dan kesihatan: Produk sabun, shampoo, ubat gigi, dan ubat-ubatan.
- Barang kelengkapan sekolah: Alat tulis, kasut, pakaian seragam, buku dan lain-lain.
Cara Semakan Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Untuk semakan status penerima Bantuan B40 dalam MyKad, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Rasmi Semakan MyKasih.
- Klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan betul tanpa (-). Contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
Rujukan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Penafian
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat serta memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Untuk maklumat lanjut, rujuk portal rasmi: MyKasih.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq.
Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk bantu sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan.
Baca Juga : Bantuan Terbaru untuk Ibu Tunggal di Malaysia – Cara Mohon