BANTUAN LESEN MEMANDU RM 150 UNTUK B40 : Permohonan dibuka!

Bantuan lesen memandu RM150 seorang kini dibuka secara eksklusif kepada golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu tahun ini. Difahamkan bahawa inisiatif khusus ini adalah sebahagian daripada bantuan Belanjawan 2024.

BANTUAN LESEN MEMANDU RM 150 

Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan program bantuan lesen memandu pada kadar RM150 seorang. Menariknya, permohonan itu terbuka kepada golongan muda dalam kategori keluarga B40.

Mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk menerima faedah sumbangan kerajaan pada kadar RM150. Pelaksanaan program khas ini adalah berdasarkan fokus kerajaan untuk menggalakkan lagi penyertaan belia dalam kerjaya ekonomi grid global seperti penyampaian perkhidmatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan berkata baucar bernilai RM150 akan diberikan kepada orang dalam kumpulan B40. Peruntukan untuk program bantuan khas ini melibatkan lebih kurang RM540,000.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU

 

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000
  • Permohonan dibuka kepada mereka yang berumur 16 hingga 35 tahun
  • Tiada lesen memandu
  • Pengundi berdaftar di Negeri Sembilan.

 

CARA MOHON BANTUAN RM 150

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

 

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika permohonan:

  • MyKad pemohon
  • Slip pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  • Dokumen pengesahan pendapatan / slip gaji
  • Slip kelulusan ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

MAKLUMAT LANJUT

Permohonan boleh dilakukan melalui pusat khidmat dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan, untuk panduan sila layari laman rasmi kerajaan – Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel : 606-765 9900

Faks : 606-761 7386

E-mel: [email protected]

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment