Permohonan Bantuan Lesen 2024 Kini Di Buka : MyLesen B2

Pengenalan Program MyLesen B2

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah usaha kerajaan untuk menyokong 35,000 penerima bantuan daripada kumpulan B40 (atau tanggungan mereka) untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Melalui program ini, peserta akan berpeluang, dan semua kos, untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal tidak melebihi 250 c.c.

Syarat Permohonan : 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur 16 dan ke atas;
  3. Terbuka kepada B40 dan keluarga mereka;
  4. Penerima bantuan eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN;
  5. Tanggungan penerima bantuan layak memohon; 
  6. Sihat fizikal dan mental;
  7. Tidak tertakluk kepada senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  8. Belum mempunyai sebarang lesen memandu.

Cara Memohon MyLesen B2 di Melaka

Anda boleh mengambil borang permohonan daripada Jabatan Lesen Memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Soalan- Soalan Lazim

  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk setiap peserta menjalani latihan dan ujian memandu untuk program MyLesen B2 2024?

Peserta perlu melengkapkan semua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut masa dan prosedur yang ditetapkan oleh JPJ bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2, seperti berikut:

  • Kursus teori (KPP01) – 6 jam
  • Peperiksaan Bertulis (KPP01) – 1 jam
  • Latihan Amali Litar (KPP02) – 9.5 jam
  • Latihan Amali Lebuhraya (KPP03) – 6 jam
  • Praujian (QTI) – 30 minit
  • Ujian JPJ

 

  • Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di akademi memandu yang ditubuhkan oleh JPJ. Lokasi untuk latihan dan ujian akan ditentukan berdasarkan pemilihan peserta terkini.

 

  • Bolehkah peserta berpindah ke institut memandu (IM) lain selepas melengkapkan sebahagian daripada latihan yang diperlukan, atau bolehkah mereka berhenti meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta mesti melengkapkan semua latihan dan ujian ke atas IM yang ditetapkan dan tidak dibenarkan menukar kepada IM lain. Peserta hendaklah mematuhi syarat program yang ditetapkan dalam Surat Akujanji bagi memastikan komitmen mereka terhadap program yang dilaksanakan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program MyLesen B2, sila hubungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka di talian 06-251 4049/4050.

Anda juga boleh merujuk Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka untuk maklumat terkini.

 

Leave a Comment