BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM 500 : Senarai Penerima disini!

Semak senarai penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 disini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 akan disalurkan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, bermula dari Jumaat ini.

Kerajaan juga bersetuju untuk menyampaikan BKKA kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran yang telah bersara serta yang belum bersara.

Untuk memberikan maklumat terperinci mengenai insentif tersebut, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dalam surat edaran yang dikeluarkan semalam, mengumumkan bahawa BKKA 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

RINGKASAN BANTUAN YANG DIUMUMKAN

 

  1. RM500 akan diberikan kepada:

   – Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April.

   – Pegawai lantikan Contract of Service (COS).

   – Pegawai sambilan harian.

   – Pegawai lantikan MySTEP.

 

  1. RM250 akan diberikan kepada:

   – Pesara kerajaan.

   – Veteran berpencen.

   – Veteran tidak berpencen.

 

BKKA 2024 juga layak diterima oleh:

  1. Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh.
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
  4. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi lain, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya.

 

Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai tersebut.

Menurutnya, BKKA 2024 turut dikeluarkan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih dalam perkhidmatan pada 5 April lalu dan dilantik sebelum 5 April.

 

Selain itu, BKKA 2024 juga layak diterima oleh:

  1. Guru interim.
  2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang memenuhi syarat, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman.

 

Menurut surat edaran tersebut, bayaran BKKA 2024 bagi pesara kerajaan, termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan, akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala veteren berpencen dan tidak berpencen akan menerima bayaran tersebut dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

 

“Veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 5 April, layak dibayar RM500 dengan bayaran RM250 oleh JPA atau JHEV dan baki RM250 dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” menurutnya.

 

 Kumpulan pegawai yang tidak layak menerima bayaran BKKA 2024:

  1. Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf.
  2. Pegawai yang memangku, dipinjam, atau ditukar sementara.
  3. Pegawai dengan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.

 

Sumber : Berita Harian

BACAAN LAIN

 

Leave a Comment