Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi : Semak kelayakan dan mohon sekarang!

Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi. Semak info terkini dan baca disini untuk cara mohon.

Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi

Pelajar dari Negeri Sembilan yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan untuk Bantuan Kewangan Ke IPT bagi tahun 2024. 

Untuk makluman, Bantuan Kewangan Ke IPT ini diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu pelajar IPT dari Negeri Sembilan yang mendaftar tahun pertama pengajian tinggi secara one-off.

Dengan bantuan kewangan ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kewangan keluarga pelajar terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori B40.

Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan bantuan kewangan ini secara atas talian.

Baca juga : Bantuan Kewangan ASASI RM 2500

Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN

Jumlah bantuan yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan melalui program ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar Tingkatan Sijil/Matrikulasi: RM 500.00
  • Pelajar Peringkat Diploma: RM 750.00
  • Pelajar Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00

 

SYARAT KELAYAKAN 

  1. Pemohon mesti merupakan penduduk Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian. 
  3. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak boleh melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon wajib mengisi borang PK-PSUKNS-31 dengan lengkap dan betul. Semua maklumat yang diperlukan mesti dilengkapkan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak kepada peneroka FELDA; pemohon dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  6. Borang permohonan perlu disahkan oleh salah seorang daripada yang berikut:

 

  • Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN; atau
  • Penghulu; atau
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Taman.

 

DOKUMEN PENTING

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

– Salinan kad pengenalan pemohon dan juga ibu bapa atau penjaga.

– Salinan Sijil Kematian atau Perceraian jika berkenaan.  

– Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa atau penjaga.

– Salinan surat tawaran institusi pengajian tinggi dan pengesahan pendaftaran atau pembayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.

– Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah. 

– Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA terutamanya bagi anak peneroka FELDA dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan dan telah mendapat pengesahan daripada pihak berkenaan perlu dihantar ke Pusat Khidmat DUN berdekatan atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan  

Tingkat 5B, Wisma Negeri

70503 Seremban

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Silakan hubungi 06-7659936/31 atau 06-7659784/85 untuk informasi lebih lanjut mengenai bantuan kewangan ini.

 

Leave a Comment