ANDA LAYAK! SENARAI PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024

Kerajaan Persekutuan Malaysia juga tidak mengabaikan golongan bujang malah mereka akan menerima pelbagai bantuan pada 2024 bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan bujang di bandar atau luar bandar.

Bagaimanakah saya melihat senarai penerima bantuan bujang? Ikuti di sini untuk mendapatkan arahan lanjut.

Kelayakan Untuk Penerima Bantuan Bujang 2024

Senarai Penerima Bantuan Bujang 2024

Syarat kelayakan orang bujang menerima bantuan adalah seperti berikut:

  • Kewarganegaraan Malaysia;
  • Orang bujang yang belum berkahwin/balu/duda tanpa anak;
  • Umur 21 hingga 59;
  • Orang bujang berumur 19 tahun ke atas (orang kurang upaya);
  • Pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500;
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Senarai Bantuan Bujang 2024

Di bawah ialah senarai bantuan Kerajaan Madani untuk kategori Bujang bagi tahun 2024:

  1. Sumbangan Tunai Rahmah STR.
  2. Sumbangkan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan Madani (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).

Semak Bantuan Bujang 2024

Kadar bagi setiap bantuan berbeza-beza dan ianya adalah seperti berikut:

BIL.JENIS BANTUANKADAR BANTUAN
1.Sumbangan Tunai Rahmah (STR).RM350
2.Sumbangan Asas Rahmah (SARA).RM600 / RM150
3.Skim Perubatan MADANI (SPM).RM75
4.Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).Yuran ditanggung
sepenuhnya oleh
Kerajaan.
Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Setiap saluran bantuan mempunyai laman web rasmi yang berbeza untuk permohonan, semakan dan pertanyaan, seperti berikut:

STR Bujang:

Semakan sumbangan tunai rahmah bujang 2024 boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Lawati website https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Sila klik pada pautan di atas.
  3. Kemudian, masukkan nombor Mykad pemohon (tanpa (-)) di ruangan MySTR, contohnya: 83XXXXXXXXXXXX.
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Jika Frasa Keselamatan Pemohon yang dipaparkan adalah betul, tekan [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status pemohon akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

Cara semakan status Sumbangan Asas RAHMAH (SARA)

  1. Buka pautan ini https://www.mykasih.com.my/
  2. Pada laman utama MyKasih, sila klik [Semak Status].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
  4. Masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Skim Perubatan Madani (SPM):

Cara buat semakan status Skim Perubatan Madani 2024 ialah seperti berikut:

  1. Sila buka pautan https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
  2. Sila layari portal rasmi Skim Perubatan MADANI di atas.
  3. Masukkan nombor ID dalam ruang kosong tanpa (-), contohnya: 87XXXXXXXXXX.
  4. Semak [Saya bukan robot].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Maklumat Lanjut

Semua maklumat yang dikongsi di atas diperoleh daripada Ucapan Bajet 2024 dan laman web Bantuan Rasmi. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

Talian hotline Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi atau
Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
Talian hotline STR HASiL: 1-800-88-2747; atau
Talian hotline SPM: +603-8687 2525.

Leave a Comment