Ketahui cara mudah memohon bantuan barang dapur RM450 tahun 2024. Lengkap dengan semua maklumat dan langkah-langkah yang diperlukan. Klik sini untuk maklumat lanjut!
Baca Juga : Kempen PTPTN: Peluang Struktur Semula Pinjaman Anda Hingga 30 September
BANTUAN BARANG DAPUR 2024
Bantuan Barang Dapur ini disumbangkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor bertujuan membantu rakyat yang berpendapatan rendah serta memerlukan menampung kos perbelanjaan barang dapur.
CARA BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024 DIBERIKAN
Prosedur penerimaan bantuan adalah seperti berikut:
- Permohonan dan pendaftaran dihantar.
- Permohonan diterima dan diluluskan.
- Bantuan tunai dikreditkan kepada penerima.
- Penerima boleh membuat pembelian barang dapur.
JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR DISALURKAN MENGIKUT KAEDAH 2024
Jumlah bantuan disalurkan melalui dua (2) kaedah terbaru:
- RM300 disalurkan melalui akaun e-Dompet untuk pembelian barang dapur.
- RM250 disalurkan melalui akaun kad pengenalan untuk pembelian barang dapur.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024
Kerajaan Pusat:
- Warganegara Malaysia.
- Tiada had umur.
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang.
- Berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin.
Kerajaan Negeri Selangor:
- Warganegara Malaysia.
- Ketua atau ahli isi rumah.
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Mempunyai tanggungan minimum dua orang yang berumur 18 tahun ke bawah.
- Lahir atau menetap di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor.
CARA MOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024
Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon bantuan:
Kerajaan Pusat:
- Pautan rasmi permohonan
- Klik [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Isi Kod Captcha dan klik [Sahkan Captcha].
- Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tick kotak yang berkaitan.
- Klik [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Nota: Pemohon juga perlu mendaftar di e-Kasih
Kerajaan Negeri Selangor:
- Pautan rasmi permohonan
- Klik [Daftar Sekarang] pada halaman utama.
- Klik [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan masukkan nombor telefon mengikut format.
- Klik [Teruskan] dan isi segala butiran peribadi yang diperlukan.
- Klik [Daftar].
- Log masuk mengikut akaun yang didaftarkan.
- Klik [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat dan klik [Hantar].
- Tandakan kotak yang berkenaan dan klik [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan kotak persetujuan dan klik [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
Nota: Permohonan haruslah dibuat sebelum tarikh tutup.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Jika ada pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Talian hotline SARA di (603) 7720 1900 & Talian hotline BINGKAS di 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan bertujuan untuk memudahkan carian pelawat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Artikel ini adalah berdasarkan Portal Rasmi mykasih.com.my & bingkasselangor.com.
Baca Juga : Bantuan Khas Pelajar 2024 – Semak dan mohon disini!