Kucing anda akan teruja! Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam kini dibuka!

Adakah anda tahu bahawa kucing anda kini boleh menikmati taman rekreasi yang direka khusus untuk mereka?

Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam kini dibuka, dan ia menjanjikan pengalaman yang pasti membuat kucing anda teruja!

Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam

Kucing anda akan teruja! Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam kini dibuka!

 

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini memperkenalkan taman rekreasi kucing yang berkonsepkan ‘kawasan permainan luar’ khusus untuk kucing peliharaan. Dinamakan sebagai Catopia Shah Alam, taman rekreasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kucing anda.

Menurut Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, Catopia Shah Alam menyediakan pengalaman unik kepada pemilik kucing, khususnya penduduk di Shah Alam. “Catopia Shah Alam dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap hari bermula 5 Julai hingga 31 Disember, dari jam 10 pagi hingga 7 malam, dan boleh memuatkan sehingga 20 ekor kucing pada satu masa,” katanya.

 

 

Objektif dan Kepentingan Catopia Shah Alam

Pembinaan Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ ini adalah satu inisiatif MBSA untuk meningkatkan kesedaran dalam komuniti Shah Alam mengenai pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab. Taman ini juga berfungsi sebagai platform untuk mendidik dan memberi pendedahan lebih luas kepada orang ramai tentang kepentingan kesejahteraan haiwan dalam mewujudkan keseimbangan ekosistem.

Taman ini dilengkapi dengan 12 elemen menarik, antaranya:

  • Papan tanda informasi dan peta taman
  • Tempat perlindungan dan makanan kucing
  • Kolam air pancuran mini
  • Kawasan ‘rumput helikopter’ (rumput kegemaran kucing)
  • Kawasan pasir (cat litter area)

MBSA berharap Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ dapat menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik lebih ramai pengunjung ke Shah Alam. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), khususnya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik, taman ini bertujuan menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya pintar yang berdaya huni dan makmur.

 

Lihat video taman rekreasi itu di bawah:

@sacitycouncil

Jom bawa kucing peliharaan anda HEALING di Catopia Taman Rekreasi Kucing Pertama Shah Alam! MASUK ADALAH PERCUMA ! Lokasi : Taman Permainan Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 Shah Alam (Belakang Hotel Mardhiyyah) Waktu Operasi : 10.00 pagi – 7.00 petang #weloveshahalam #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #fyp #pencintakucing #kucing #shahalam #catopia #tamanrekreasi

♬ MILLION DOLLAR BABY (VHS) – Tommy Richman

 

Sumber: Says

 

BACA INFO LAIN:

Leave a Comment