Panduan Lengkap Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia 2024

Kadar mas kahwin 2024 kini tersedia! Semak panduan mengikut negeri untuk perancangan perkahwinan yang lebih mudah dan teratur.

Baca Juga : STR Fasa 3: Penerima Baru dan Rayuan – Bayaran Dikreditkan Hari Ini

Pengenalan

kadar mas kahwin

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Adakah anda merancang untuk berkahwin dan ingin mengetahui kadar mas kahwin terkini di Malaysia? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara duit hantaran dan mas kahwin. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua maklumat yang anda perlukan mengenai kadar mas kahwin mengikut negeri di Malaysia untuk rujukan bakal pengantin.

Apakah Mas Kahwin?

Secara ringkasnya, mas kahwin atau mahar adalah pemberian daripada seorang lelaki kepada isterinya. Duit mas kahwin adalah hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut kembali oleh suami atau keluarganya, walaupun selepas berkahwin. Sebaliknya, duit hantaran hanya merupakan adat di mana nilainya bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga.

Hikmah Diwajibkan Bayaran Mas Kahwin

Menurut artikel yang ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa hikmah diwajibkan bayaran mas kahwin dalam perkahwinan:

  • Menunjukkan Keinginan yang Ikhlas: Menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar ingin membina rumahtangga yang baik.
  • Bukti Ikatan Cinta: Menjadi bukti ikatan cinta antara kedua-dua pasangan.
  • Lambang Kemuliaan Wanita: Melambangkan kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita.
  • Kepentingan Perkahwinan: Menunjukkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan.

Kadar Mas Kahwin Terkini (2024)

Untuk makluman, kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal adalah berbeza. Berikut adalah senarai kadar mas kahwin mengikut negeri:

Kadar bagi Wanita Dara

  • Perlis: Tidak ditentukan
  • Kedah: Tidak ditentukan
  • Perak: RM101
  • Pulau Pinang: RM24
  • Wilayah Persekutuan KL: RM300
  • Selangor: RM300
  • Negeri Sembilan: RM200
  • Melaka: RM100
  • Johor: RM22.50
  • Pahang: RM100
  • Terengganu: Tidak ditentukan
  • Kelantan: Tidak ditentukan
  • Sabah: RM100
  • Sarawak: RM120
  • Wilayah Persekutuan Labuan: RM80

Kadar bagi Janda / Ibu Tunggal

  • Perlis: Tidak ditentukan
  • Kedah: Tidak ditentukan
  • Perak: RM101
  • Pulau Pinang: RM24
  • Wilayah Persekutuan KL: RM300
  • Selangor: RM300
  • Negeri Sembilan: RM100
  • Melaka: RM100
  • Johor: RM22.50
  • Pahang: RM100
  • Terengganu: Tidak ditentukan
  • Kelantan: Tidak ditentukan
  • Sabah: RM80
  • Sarawak: RM120
  • Wilayah Persekutuan Labuan: RM80

Kadar Mas Kahwin di Singapura

Berdasarkan laman portal Singapura ROMM (Registry of Muslim Marriage), mas kahwin atau mahar di Singapura boleh berbentuk tunai atau faedah seperti emas, perak, atau wang. Kadar minimum semasa untuk mahar di Singapura ialah S$100.

Penutup

Semoga perkongsian mengenai kadar mas kahwin mengikut negeri di Malaysia yang terkini ini dapat memberikan anda semua, terutamanya bakal pengantin, informasi yang bermanfaat dan memudahkan urusan persiapan pernikahan masing-masing. 

Baca Juga : 10 Minuman Semula Jadi Terbaik untuk Kulit Cerah, Sihat Dan Glowing!

Leave a Comment